TEGUH: Dalam Islam, sekiranya pakaian kita terkena kencing kanak-kanak lelaki atau perempuan, maka ianya perlu di sucikan sepertimana biasa kita membasuh pakaian.
AKHAR: Walau bagaimana pun bagi bayi lelaki yang berumur kurang daripada dua tahun dan tidak makan selain daripada susu ibu, cara menyucikannya agak berbeza.
MULIA: Cara menyucikan pakaian kita di sebabkan terkena kencing bayi lelaki berkenaan, kita hanya perlu merenjis dengan air ke tempat yang kena kencing itu sahaja.
IMAN NAJAH: Tetapi sekiranya bayi lelaki ini ada minum atau makan selain daripada susu ibu, maka tempat yang terkena kencingnya perlu di basuh sepertimana biasa (bukan di renjis tetapi lebih daripada itu ya).
FAEZ: Sekiranya bayi lelaki ini minum susu tepung atau sebagainya, maka pakaian kita perlu di suci sepertimana basuhan biasa. Pastikan selepas di basuh akan hilang rasa, warna dan bau air kencing tersebut.
TEGUH: Apa jua hukum datangnya daripada Allah, ianya bukan arahan kosong. Hanya kita manusia yang kurang ilmu ini tidak mengetahuinya.
AKHTAR: Kita selalu mencari jalan senang apabila membicarakan hukum Allah, ialah “apa mahu di tanya-tanya lagi, itu hukum Allah”. Jawapan sebegini ini bukanlah pendirian umat Islam yang berteraskan ilmu Al-Quran dan sunnah.
MULIA: Fasal tu orang bukan Islam tidak menghormati kita, tapi kita hendak marah-marah pula. Kebodohan kita sendiri.
IMAN NAJAH: Berbalik kepada perbincangan air kencing ini, kesemua air kecing manusia lelaki dan perempuan di antara lain mengandungi kultur bacteria yang biasa di kenali sebagai E-coli atau Escherichia Coli.
FAEZ: E-coli dalam air kencing bayi lelaki yang berumur kurang daripada dua tahun dan minum susu ibu sahaja, adalah kurang berbanding dengan bayi perempuan seangkatan dengannya. Kajian ini telah di buktikan melalui kajian oleh Dr Ahmad Al-Muzarin.
TEGUH: InsyAllah nanti kita akan cari maklumat apakah E-coli ini ya! Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment