Sunday, November 27, 2011

PELIHARA ANJING

IMAN NAJAH: Sekarang sudah ada trend umat Islam di Malaysia dan juga Indonesia memelihara anjing.

TEGUH: Anjing ini mempunyai sejarah tersendiri. Ingat tak kisah Ashabulkaffi dimana beberapa orang yang beriman tertidur dalam gua beratus-ratus tahun bersama-sama seekor anjing.

AKHTAR: Ada juga riwayat menyatakan ada anjing masuk surga. Serta cerita seorang wanita memberi minuman air kepada seekor anjing, dan akhirnya wanita berkenaan dapat masuk surga.

MULIA: Kita sebagai umat Islam tidak di benarkan memelihara anjing sebagai binatang pemiharaan.

FAEZ: Hanya anjing bagi tujuan perburuan, menjaga tanaman, menjaga ternakan ikan serta menjaga binatang seperti lembu dan kambing sahaja di bolehkan.

FAEZ: Cara tindakan kita bersama anjing perburuan semasa pergi menembak burung. Sesampai kita di kawasan pemburuan itu, hendaklah kita sebut nama Allah (seperti membaca Bismillah) semasa kita arahkan anjing itu mengejar burung yang terkena tembakan kita itu.

IMAN NAJAH: Haiwan buruan yang ditangkap oleh anjing tersebut tidak perlu disamak kerana ia antara yang di maafkan.

TEGUH: Islam mengharamkan kita bela anjing peliharaan sepertimana kita lakukan dengan kucing. Jilatan air liur anjing di kira najis mughallazah iatu najis berat.

IMAN NANJAH: Cara pembersihannya perlu di samak dengan air bercampur tanah pada pemulaan pembersihan, dan di ikuti enam kali air bersih seterusnya.

AKHTAR: Nabi saw pernah mengingatkan bahawa anjing peliharaan suka-suka ini boleh mengurangkan pahala amalan harian kita sebanyak satu qirat setiap hari. Satu kirat upama sebesar bukit Uhud.

No comments:

Post a Comment