Wednesday, November 30, 2011

Aliran Empat Mazhab Ahli Sunnah Waljamaah

MAZHAB SYAFIE


IMAN NAJAH: Mazhab Syafie diasaskan oleh Muhammad bin Idris al-Qurasyi al-Hasyimi al-Muttalibi bin al-Abbas bin Othman bin Syafie. Beliau lebih di kenali sebagai Imam as-Syafie.


AKHTAR: Beliau dilahirkan di Ghazza Palestin pada tahun 150H, iaitu pada tahun wafatnya Abu Hanifah. Beliau wafat di Mesir pada tahun 204H semasa berusia 54 tahun.


TEGUH: Imam Syafie diasuh dan dibesarkan dalam keadaan anak yatim, bapanya meninggal semasa umurnya dua tahun. Ibunya membawanya berpindah ke Mekkah.

AKHTAR: Beliau telah menghafal al-Quran sejak kecil lagi. Beliau pernah tinggal bersama kabilah Hudhail yang terkenal dengan kefasihan bahasa Arabnya. Imam as-Syafie banyak mempelajari dan menghafal syair mereka.


MULIA: Imam Syafie adalah tokoh bahasa dan sastera Arab. Maklumat ini penting oleh sebab apabila kita mengkaji hukum hakam yang di jelaskan oleh mana-mana mazhab, latarbelakang mereka sudah tentu mempergaruhinya. Seperti contoh, hukum berkaitan perniagaan amat kurang di sentuh oleh Imam Syafie, kerana ianya bukan ahli perniagaan.


FAEZ: Pada usia Imam Syafie berumur lebih kurang 15 tahun, beliau pergi ke Madinah. Disana beliau menjadi anak murid kepada Imam Malik bin Anas. Beliau menghafal dan mendalami kitab al-Muwatta’ dalam masa sembilan malam sahaja.


IMAN NAJAH: Imam Ahmad bin Hanbal telah bertemu dengan Imam Syafie di Makkah pada tahun 187H dan di Baghdad pada tahun 195H. Beliau mengajar Imam Ahmad ilmu fiqah dan usul fiqah.


MULIA: Sumber Mazhab Imam Syafie ialah al-Quran dan sunnah, kemudiannya diikuti pula oleh ijma’ dan qias. Beliau tidak mengambil pendapat sahabat yag ramai tiggal di Madinah kerana ia merupakan ijtihad yang berkemungkinan salah. Beliau menyatakan faktor tempat tinggal bukanlah penyebab kepada terpelihara daripada dosa.


TEGUH: Beliau juga tidak beramal dengan istihsan yang diterima dalam mazhab Hanafi dan Maliki. Dalam hal ini, beliau pernah berkata “sesiapa yang melakukan istihsan bererti membuat syariat sendiri”. Beliau juga telah menolak masoleh mursalah dan tidak bersetuju menjadikan amal ahlul Madinah (perbuatan penduduk Madinah) sebagai hujah.


MAZHAB HANAFI


IMAN NAJAH: Mazhab Hanafi diasaskan oleh Imam al A’Zham Abu Hanifah. Dilahirkan pada tahun 80H dan telah meninggal dunia pada tahun 150H. Beliau hidup dalam dua zaman pemerintahan iaitu zaman pemerintahan Bani Umaiyah dan Bani Abassiyah.


AKHTAR: Beliau pernah menjadi peniaga kain di Kufah.

TEGUH: Kaedah pengambilan hukum yang digunakan oleh Imam Hanafi ialah beliau akan lebih mengutamakan al-Quran dan Sunnah selepas itu beliau akan mengambil pendapat sahabat dan sekiranya masih tidak dijumpai, beliau akan beralih pula pada ijma’ dan Qias. Kaedah terakhir yang akan digunakan sekiranya masih tiada penyelesaian ialah menggunakan Istihsan dan al-urf (kebiasaan).


MULIA: Beliau mempunyai pedapat bahawa kedudukan tabi’en adalah tidak setara berbanding para sahabat. Beliau pernah ditanya kalau pendapatnya bertentangan dengan pendapat sahabat, jawabnya beliau akan meninggalkan pendapatnya dan beramal dengan pendapat sahabat. Tetapi kalau pertentangan itu adalah dengan para tabi’en, jawapannya kalau tabi’en itu lelaki aku juga lelaki.


FAEZ: Abu Hanifah banyak menggunakan istihsan dalam mengeluarkan hukum-hukum fiqahnya. Tindakannya itu banyak menimbulkan tentangan dan kecaman dari para mujtahid lain sehinggakan Imam Syafie pernah berkata “ sesiapa yang beristihsan maka dia mengadakan syariat baru”.


IMAN NAJAH: Walau bagaimanapun, Abu Hanifah telah bersedia dengan jawapan kepada kecaman-kecaman yang dilemparkan oleh para penentangnya. Beliau berkata: “Istihsan mencari ‘al-Ahsan’ (yang lebih baik) kerana perkara itu dianjurkan dalam al-Quran dalam ayat yang bermaksud "sampaikan berita gembira kepada hamba Ku yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik diantaranya”.

AKHTAR: Maksud dari segi sebutan itu adalah sekadar untuk membezakan hukum asal yang dilahirkan oleh qias secara zahir dengan hukum yang dilencongkan daripada hukum zahir. Ini adalah kerana terdapatnya dalil yang mengharuskan lencongan tersebut. Hukum zahir yang pertama disebut qias dan hukum lencongan kedua dipanggil istihsan.


MAZHAB MALIKI


TEGUH: Imam Malik bin Anas bin Abu Amir al-Asbahi ialah pengasas mazhab ini. Beliau dilahirkan pada zaman al-Walid bin Abdul Malik dan meninggal di Madinah pada zaman pemerintahan al-Rasyid.


AKHTAR: Imam Malik merupakan seseorang tokoh dalam bidang hadis dan fiqah. Kitab beliau al-Muwatta’ merupakan penyumbang besar dalam bidng hadis dan fiqah.

MULIA: Imam As-Syafie pernah berkata ,” Malik adalah guru saya, saya menuntut ilmu darinya”. Beliau adalah hujah diantara saya dengan Allah SWT, tidak ada seorang pun yang berjasa kepada saya lebih daripada Malik.


FAEZ: Kaedah pertama yang dilaksanakan oleh Imam Malik dalam menyimpulkan sesuatu hukum ialah daripada al-Quran dan Assunnah. Jika tidak didapati dari kedua-dua sumber hukum utama ini maka beliau akan beralaih pula dengan kaedah Ijma’ serta Qias dan kemudiannya beliau akan menggunakan pula kaedah Masoleh Mursalah.


MULIA: Imam Malik sahaja yang memberi penilaian istimewa kepada amalan penduduk Madinah diantara keempat-empat imam lain dan menganggapnya satu sumber ijtihad yang boleh diketengahkan sebagai satu hujah.


IMAN NAJAH: Memang sudah diperakui bahawa sahabat-sahabat yang tinggal di Madinah adalah merupakan mereka yang terbilang dan tiada seorang daripada mereka meninggalkan kota Madinah, sebelum berlakunya kekacauan selepas pembunuhan khalifah yang ketiga iaitu Saidina Othman al-Affan.

MULIA: Sahabat-sahabat ini adalah mereka yang pernah menyaksikan penurunan al-Quran. Mereka juga merupakan diantara orang pertama yang memeluk agama Islam ini dan kepada mereka ditujukan segala perintahnya.

AKHTAR: Dengan itu kota Madinah adalah merupakan kota warisan ilmu sunnah dan fiqah Islam dimana segala amalan dan tindak tanduk Madinah melambangkan amalan yang diwarisi sejak dahulu zaman Rasulullah SAW. Mereka yang mewarisi pusaka yang tidak ternilai ini tidak seharusnya melakukan sesuatu yang bersalahan dengan keadaan sebelumnya yakni ketika zaman Rasulullah dan sahabatnya.


MULIA: Imam Malik adalah merupakan perintis penggunaan al-masoleh mursalah kerana keyakinannya bahawa syariat ini mengandungi kepentingan untuk manusia, tetapi hendaklah memenuhi beberapa syarat: (1) Bersesuaian dengan matlamat syarak yang mana tidak bercanggah dengan dalil syarak yang lain, (2) Perkara itu boleh diterima akal , iaitu boleh diambil kira dalam lingkungan yang munasabah, da (3) Beramal dengannya menjamin kawalan terhadap perkara “daruriy” (pasti dalam urusan agama) atau sekurang-kurangnya boleh mengelakkan keburukkan berpandukan ayat yang bermaksud ayat yang bermaksud: “tidak sesekali dijadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan”.


MAZHAB HAMBALI


IMAN NAJAH: Mazhab Hambali pengasasnya iaitu Imam Ahmad bin Hanbal bin Hilal bin Asad al-Zuhaili al-Shaibani. Beliau telah dilahirkan dan dibesarkan di Baghdad dan beliau juga telah wafat di sana pada bulan Rabiulawal.


TEGUH: Imam Ahmad telah mempelajari ilmu fiqah dari Imam Syafie ketika di Baghdad. Bilangan gurunya melebih seratus orang. Imam Ahmad telah banyak menerima dugaan dan cabaran. Beliau telah dipukul dan dikurung kerana fitnah mengenai pendapat bahawa al-Quran adalah ciptaan terbaru.


FAEZ: Beliau telah menghasilkan al-Musnad yang mengandungi lebih 40,000 hadis. Beliau mempunyai kekuatan menghafaz yang amat kuat. Beliau beramal dengan Hadis Mursal (hadis yang ada nama sahabat dalam sanadnya), dan Hadis Daif yang boleh meningkat ke darjat Hadis Hasan tetapi beliau tidak beramal dengan hadis Batil dan Mungkar. Beliau lebih mengutamakan hadis Mursal dan Daif berbanding Qias.




No comments:

Post a Comment