IMAN NAJAH : Hukum hakam dalam Islam bersumberkan daripada (1)Al-Quran dan (2) As-Sunnah. Kedua-duanya merupakan sumber utama (walau bagaimanapun berbeza ranking) dalam menentukan hukum-hukum dan segala yang dijelaskan didalamnya diterima sebagai hukum yang muktamad.
MULIA: Yang ke (3) ialah Ijma’ yang bermaksud persetujuan ahli-ahli ijtihad pada satu zaman mengenai sesuatu hukum syarak.
TEGUH: Sumber ke (4) ialah Qias yang bermaksud persamaan cabang dengan pokok masaalah dari segi hukumnya kerana persamaannya tentang illah (sebab) hukum itu.
AKHTAR: Contoh Qias ialah dimana Umur bertanya “Wahai Rasulullah SAW, hari ini saya telah melakukan suatu kesalahan besar. Saya telah mengucup isteri saya sedang saya berpuasa.” Baginda pun bertanya kembali, “Bagaimana kalau engkau berkumur-kumur semasa engkau berpuasa?”. Umar menjawab, “tidak menjadi apa-apa”. Baginda lantas menjawab, “kalau begitu teruskan puasamu”.
TEGUH: Imam Syafie pernah mengamalkan qias ini dengan mengatakan bahawa “jka seseorang pencuri itu menghulurkan tangan kiri sebagai ganti tangan kanannya yang akan dipotong , mengikut istihsan tangan kanan itu tidak dipotong”.
FAEZ: Sumber ke (5) dalam membuat keputusan hukum hakam ini ialah cara Istihsan. Makna istihsan ialah sesuatu yang lebih dicenderungi seseorang mujtahid tanpa sebarang dalil. Seorang mujtahid itu mungkin lebih cenderung kepada pendapat lain yang mungkin baginya lebih baik dari qias.
IMAN NAJAH: Para ulama mazhab Syafie menolak hukum istihsan kerana menganggap beristihsan itu seolah-olah mencipta syariat baru.
MULIA: Tetapi mazhab Hanafi kerap menggunapakai hukum cara Istihan oleh sebab mereka mengistilah pengertia Istihan sebagai satu penyimpangan dari qias yang nyata kepada qias yang tidak nyata.
AKHTAR: Antara contoh Istihsan ialah as-salam iaitu menjual sesuatu hasil bumi yang belum dituai secara tunai. Menurut qias, jual beli seperti ini tidak boleh dijalankan.
TEGUH: Contoh lain Istihsan iaitu menempah membuat pakaian atau perabot dari seseorang pembuat atau penukangnya. Ini adalah satu perjanjian mengenai sesuatu yang tiada dan tidak dibenarkan mengikut syarak. Namun begitu, Istihsan membolehkan urusan seperti ini dilakukan kerana menurut kebiasaan.
IMAN NAJAH: Sumber ke (6) ialah cara Al-Masoleh Al-Mursalah. Masoleh Mursalah bererti setiap yang tiada nas samada untuk diakui atau tidak diakui dan dalam pengakuannya boleh mendatangkan faedah atau menolak bahaya.
FAEZ: Bezanya diantara Istihsan dengan Masole Mursala ialah, Istihsan bererti penyimpangan dari qias yang tertentu, sementara masole mursalah pula ialah tidak terdapat sesuatu qias yang menghalalkannya kearah tertentu.
AKHTAR: Terdapat satu mazhab sahaja yang mengamalkan masoleh mursalah iaitu mazhab Maliki.
MULIA: Antara contoh Masoleh Mursalah ialah oleh Saiyidina Umar Al-Khattab memberhentikan pelaksanaan hukuman potong tangan bagi kesalahan mencuri pada tahun berlakunya kebuluran.
FAEZ: Apa yang kita bicara ini sebagai pegetahuan umum sahaja agar kita tahu bahawa ada 6 cara hukum hakam di buat.
No comments:
Post a Comment