Wednesday, December 14, 2011

AMALAN SUNAT

SOLAT SUNAT RAWATIB

IMAN NAJAH: Rasulullah saw mengalakkan kita bersolat sunat rawatib atau solat sebelum / selepas solat fardu. Rasulullah saw biasanya melakukan 12 rakaat kesemuanya dalam sehari.

MULIA: Adapun 12 rakaat terdiri daripada (1) 4 rakaat sebelum solat fardu Zuhur (2) 2 rakaat selepas solat Zuhur, (3) 2 rakaat sebelum Asar (4) 2 rakaat selepas Magrib (5) 2 rakaat selepas Isyak.

AKHTAR: Kesemua ini di anggap sebagai sunat mu’akkad iaitu yang amat digalakkan. Ianya juga di anggap solat sunat berwaktu.

FAEZ: Walau bagaimanapun, ulamak berselesih pendapat mengenai solat sunat (1) sebelum Magrib dan (2) sebelum Isyak. Mengikut cerita, Rasulullah saw pernah membuat solat sunat bagi kedua-dua waktu ini, tetapi bukan amalan harian.

TEGUH: Jika ada para sahabat melakukannya, Rasulullah saw hanya berdiam sahaja. Dalam banyak kes, ulamak mengambil pendirian ianya tidak salah jika di lakukan.

FAEZ: Kita jangan bergaduh fasal perkara kecil ini. Buat pun OK dan tidak mahu buat pun tidak mengapa.

AKHTAR: Kerajaan Johor katanya mengarahkan kesemua masjid dan surau di negeri berkenaan tidak melakukan solat sunat sebelum Magrib.

IMAN NAJAH: Jika terlupa akan solat sunat yang berwaktu ini, disunatkan untuk mengqadanya.

FAEZ: Baginda Rasulullah saw pernah mengqada 2 rakaat sunat ba’diyah (selepas) Zuhur pada waktu selepas solat Asar. Mengikut riwayat al-Bukhari dan Muslim no. 1176.

MULIA: Jika tidak sempat solat sunat sebelum Subuh, boleh dilakukan setelah solat Subuh. Riwayat al-Tirmizi no. 423 dan Ibn Majah no.1154.

AKHTAR: Dua pendapat di atas memang mengundang banyak perbincangan. Walau bagaimanapun, ianya hanya untuk solat sunat berwaktu sahaja.

No comments:

Post a Comment