IMAN NAJAH: Kita pernah bincang berapa tingginya darjat solat sunat ini, biar pun ianya hanya optional sahaja.
FAEZ: Di antara sebabnya ialah : (1) Apabila malaikat memaklumkan kepada Allah bahawa pahala solat wajib manusia berkenaan tidak seberapa, maka Allah suruh malaikat melihat kepada solat sunat manusia berkenaan pula bagi menampung ketidakcukupan pahala wajib tadi.
AKHTAR: Kes ke (2) Malaikat merasa hairan pahala solat sunat seorang insan (manusia) melebihi pahala solat wajib malaikat. Allah memberitahu malaikat bahawa manusia berkenaan melaksanakan solat sunat secara sukarela bukan di paksa. Malaikat pula adalah melaksanakan kewajipan yang telah di tetapkan, no pilihan.
TEGUH: Perlu di ingatkan bahawa kita masuk surga bukan kerana pahala tetapi atas rahmat Allah. Ada cerita hanya dengan satu kejadian baik sahaja dianya di terima Allah masuk surga.
FAEZ: Macam mana hendak dapat rahmat Allah? Kena buat apa yang Allah suka sahaja, secara terang atau pun yang tersembunyi. Apa yang ada di dalam hati serta otak kita Allah mengetahuinya. Allah tahu apa jua dalam keseluruhan kehidupan kita.

MULIA: Ada 3 jenis solat sunat yang kita boleh mulakan pada peringkat awal ini iaitu (1) solat sunat tengah malam atau tahajjud; (2) solat sunat pagi atau dhuha; dan (3) solat sunat sebelum/sesudah solat fardu atau rawatib.
FAEZ: Laksanakanlah mana-mana atau kesemua solat sunat ini selama 40 hari berturut-turut, then evaluate our KPI. InsyAllah. Teruskan amalan itu, kita akan berasa tenang, aman dan merasakan apa jua masalah kita akan di beri perhatian yang baik oleh Allah.
IMAN NAJAH: Solat tengah malam ini sebaik-baiknya jam 3 pagi atau 4 subuh. Tetapi for a starter, buatlah sebelum masuk waktu subuh, sekurang-kurang 2 rakaat.
MULIA: Solat sunat dhuha di buat di waktu pagi. Ini contoh bagi kita di Malaysia. Katakan masuk waktu subuh ialah jam 6.00 pagi.......maka kita boleh solat subuh dari jam 6.00 pagi sehingga waktu syuruk atau semasa matahari terbit.
FAEZ: Di Malaysia matahari akan mula terbit (sepenuhnya) kira-kira satu jam lebih sedikit. Lebih kurang jam 7.15 pagi ke 7.30 pagi. Kita panggil waktu 7.15/7.30 pagi ini waktu syuruk.
FAEZ: Di Malaysia matahari akan mula terbit (sepenuhnya) kira-kira satu jam lebih sedikit. Lebih kurang jam 7.15 pagi ke 7.30 pagi. Kita panggil waktu 7.15/7.30 pagi ini waktu syuruk.
TEGUH: Selepas waktu syuruk (katakan 7.30 pagi), pada amnya kita tidak boleh melaksanakan apa-apa solat sehingga masuk waktu duhha. Di antara sebabnya ada kaitan dengan keluar masuk syaitan.
IMAN NANJAH: Di Malaysia waktu dhuha ialah 28 minit selepas waktu syuruk. Dalam kes ini jika waktu syuruk ialah 7.30 pagi maka waktu masuk dhuha ialah 7.58 pagi. In other words, from 7.30 am till 7.58 am we are not supposed to perform any sunat prayer.

AKHTAR: Selepas jam 7.58 pagi kita boleh melaksanakan solat sunat dhuhaa sehingga tengah hari i.e jam 12 noon. Dhuha bermaksud pagi maka pendapat mengatakan tamat pada noon macam boleh di terima. Please check with your ustaz.
FAEZ: Walau bagaimana ada pendapat menyatakan kita boleh bersolat sunat dhuha sehingga berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur.
No comments:
Post a Comment