Monday, December 5, 2011

BACAAN SOLAT RUJUK AL-QURAN

IMAN NANJAH: Persoalannya boleh ke kita solat merujuk atau melihat ayat-ayat di al-Quran? Ini kerap di lakukan semasa solat terawih dalam bulan Ramadhan, iaitu di bulan puasa.

TEGUH: Jawapannya ialah boleh, tetapi adalah lebih afdal atau lebih banyak pahala jika di dalam solat kita membaca ayat-ayat al-Quran yang kita telah hafal dan tidak perlu melihatnya di al-Quran. Bacalah ayat-ayat yang telah ada di dalam dada kita.

AKHTAR: Tetapi di luar solat, kita di galakkan melihat al-Quran biarpun ayat-ayat itu kita telah hafal. Kita akan dapat sekurang-kurangnya dua phala iaitu phala membaca dan phala menglihat ayat-ayat Allah..

MULIA: Kalau kita hendak juga membaca ayat-ayat yang panjang-panjang dan mungkin mudah tersila, maka bolehlah kita rujuk al-Quran semasa solat. Tetapi biarlah untuk solat-solat sunat sahaja.

FAEZ: Ayat-ayat yang panjang biarlah di baca semasa kita solat bersendirian, tetapi sekiranya kita jadi iman biarlah yang pendek atau sederhana pendek, seperti lebih kurang 10 ayat sahaja. Dalam jemaah mungkin ada yang uzur atau perlu mensegerakan solatnya.

No comments:

Post a Comment