Saturday, December 3, 2011

HUKUM UPAH MENJAHIT BAJU......

TEGUH: Katakan kita menyerahkan sepotong kain kepada seorang penjahit untuk di jadikan sepasang baju. Setelah sekian lama, kita pergi ke kedai tersebut pada suatu Jumaat jam 11 pagi untuk mengambil baju yang baharu di jahit itu.

IMAN NAJAH: Alangkah terperanjatnya apabila tukang jahit itu menyatakan bahawa dianya tidak menerima kain berkenaan. Setelah berbicara panjang, tukang jahit itu masih kekal dengan pendiriannya.

AKHTAR: Beberapa hari kemudian, kita menerima panggilan telefon daripada penjahit berkenaan memberitahu bahawa kain kita itu telah di jumpai. Beliau meminta kita datang ke kedainya untuk mengambil baju yang di tempah itu.

MULIA: Kita pergi dan mengambil baju tersebut. Sekarang ini kita ingin membicarakan daripada hukum Islam, adakah layak penjahit berkenaan menerima upah jahitan tersebut?

TEGUH: Penjahit itu layak menerima upah jika baju berkenaan telah siap di jahitnya SEBELUM jam 11 pagi hari Jumaat berkenaan.

FAEZ: Tetapi jika jahitan baju itu di lakukan SELEPAS jam 11 pagi hari Jumaat berkenaan, maka penjahit itu tidak layak menerima upahnya.

IMAN NAJAH: Hukum di atas ini adalah mengikut cara mazhab Hanafi. Mazhab lain kami kurang ariff.

No comments:

Post a Comment