Sunday, December 25, 2011

KUALITI SEDEKAH

IMAN NAJAH: Kita memang di galakkan bersedekah. Di sini di perturunkan kualiti tahap-tahap sedekah.

AKHTAR : Apabila kita sudah tahu kualiti setiap jenis sedekah, maka pandailah kita mendahulukan yang mana satu terlebih utama.

TEGUH: Satu sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda adalah sedekah yang kita berikan kepada fakir miskin.

MULIA: Satu lagi jenis sedekah pula dibalas dengan 70 kali ganda. Iaitu sedekah yang kita berikan kepada keluarga dan sanak saudara.

FAEZ: Di sini kami percaya perkataan “sedekah” di gunakan dalam perpektif yang lebih luas. Kemungkinan “sedekah” dan perkataan “hadiah” di gunakan secara sama.

AKHTAR: Sedekah biasanya kita berikan kepada mereka yang memerlukan bantuan tetapi tidak mampu membelinya. Mereka ini biasanya adalah orang luar bukan darah daging sendiri.

IMAN NAJAH: Perkataan yang terdekat dengan sedekah ialah “hadiah”, barang yang sama tetapi penerimanya ialah kepada mereka yang mampu.

TEGUH: Macam kita hadiah buku kepada kawan-kawan (yang setaraf dengan kita), kita tidak kata sedekah. Tetapi apabila kita beri buku yang serupa kepada anak orang miskin, kita klasifikasikan sebagai sedekah.

AKHTAR: Jadi dalam perkiraan kegandaan pahala ini, adakah pemberian “hadiah” di iktiraf sebagai sedekah jua itu  kami kurang pasti. Kena tanya uastaz/ustazah. Yang pasti “sedekah” memang mendapat gandaan tersebut.

TEGUH: Gandaan 700 akan kita terima jika kita beri sedekah kepada teman-teman (yang kurang mampu).

MULIA: Dan yang paling tinggi sekali ialah gandaan 1,000 kali iaitu yang kita sedekahkan kepada para penuntut ilmu.

IMAN NAJAH: Setelah kita tahu taraf pengandaan ini, maka tidak sukar untuk kita bersedekah. Sedekahlah biarpun RM 1.00 sahaja. Pelaburan yang baik, labur RM 1.00 dapat dividen RM999.00.

No comments:

Post a Comment