IMAN NANJAH: Ada seorang perempuan penenun kain semasa era Imam Hanbal. Dia menenun kainnya menggunakan lampu colok minyak.
AKHTAR: Lampu colok itu agak terang dan banyak memudahkan kerja-kerja perempuan berkenaan dalam pembikinan kain tersebut.
FAEZ: Pada satu hari, beliau kehabisan minyak colok. Tetapi nasibnya agak baik sebab pada waktu tersebut adalah 15hb dalam bulan Islam. Sudah tentu bulan sedang mengambang terang.
MULIA: Walau bagaimana terang chaya bulan, ianya tidak sama dengan terangnya cahaya lampu colok. Kerja-kerja jahitannya di bawah chaya bulan agak perlahan sedikit kerana kadangkala tersasar menjahit.
TEGUH: Perempuan ini tidak puashati, ada yang merisaukan fikirannya.
IMAN NAJAH: Esoknya, dia pergi mencari Iman Hanbal dan bertanya. Adakah patut dianya samakan harga jualan kainnya yang dia jahit di bawah cahaya lampu colok dengan kain yang di jahit di bawah cahaya bulan? Dia juga terangkan bahawa jahitan di bawah cahaya bulan agar sukar dan kualiti kadangkala tersasar.
TEGUH: Imam Hambal menjawab bahawa harga jualan tidak boleh sama sebab kualitinya terjejas.
AKHTAR: Terpulanglah kepada kita untuk mempelajari maksud daripada cerita ini. Yang ingin kami tonjolkan ialah berapa mulianya keimanan perempuan tersebut sehingga benda sekecil ini juga di ambil kira.
IMAN NAJAH: Kita bagaimana?
No comments:
Post a Comment