IMAN NAJAH: Kita tahu bahawa kesemua empat mazhab yang popular iaitu Syafie, Hanafi, Maliki dan Hambali adalah berteraskan kepada satu agama sahaja iaitu Islam.
TEGUH: Persoalannya boleh ke kita campur-campurkan perbuatan dari mazhab-mazahab ini dalam kehidupan seharian kita.
AKHTAR: Sebelum kita menjawab, marilah kita perhalusi persolan tersebut. Kita pecahkan soalan itu kepada 2 iaitu (1) mencampur aduk lebih daripada satu mazhab dalam satu tindakan , (2) mengikuti mazhab lain sepenuhnya dalam satu tindakan.
MULIA: Kes mencampur aduk lebih daripada satu mazhab dalam satu tindakan tidak di benarkan. Seperti contoh, apabila kita melakukan tawaf di Kaabah, kita menghadapi permasalahan menyentuh kulit badan kelainan gender. Dalam mazhab Syafie, hukumnya terbatal wuduk. There is no two ways about it in mazhab Syafie.
FAEZ: Tetapi ada mazhab di antara yang 3 lagi, mengatakan tidak batal jika kita memenuhi beberapa syarat. Di antara syarat ialah penyentuhan tanpa sengaja, tanpa nafsu dan lain-lain lagi.
IMAN NAJAH: Tetapi untuk menikmati pelepasan dari pembatalan wuduk ini, kita perlu mengambil wuduk cara mazhab berkenaan, seperti membasahkan kepala dari pangkal depan kepala hingga ke belakang kepala. Kita tidak boleh mengambil cara mazhab Syafie, iaitu memadai membasahkan pada pangkal kepala sahaja.
MULIA: Adakah boleh kita terus menerus mengambil wuduk ikut mazhab lain dalam kehidupan harian kita?
AKHTAR: Tidak salah mengambil hukum atau cara dari berlainan mazhab jika ada keperluan, tetapi tidak dibenarkan jika di jadikan amalan harian biarpun tiada keperluan atau kesukaran.
No comments:
Post a Comment