Monday, December 5, 2011

MELIHAT WANITA

IMAN NAJAH: Kita pernah mendengar nama sahabat-sahabat Rasulullah saw seperti Abu Bakar, Umar dan Uthman.

AKHTAR: Umur di antara mereka tidak ketara jauh dan mereka bersahabat baik. Di samping itu, Abu Bakar dan Umar adalah juga bapa mertua Rasulullah saw.

MULIA: Uthman pula adalah menantu Rasulullah saw.

TEGUH: Satu hari mereka berempat membuat satu temujanji di rumah Rasulullah saw. Abu Bakar orang pertama datang, dan terus meletakkan punggungnya di sebelah Rasulullah saw yang sedang duduk.

FAEZ: Kemudian datang pula Umar dan duduk di tepi Rasulullah saw jua.

IMAN NAJAH: Ketika kemudian Rasulullah saw di beritahu akan kedatangan Uthman. Setiba Uthman, Rasulullah saw berdiri menyambut kedatangan Uthman.

MULIA: Semasa kedatangan bapa mentua iaitu Abu Bakar dan Umar, Rasulullah saw hanya duduk menyambut mereka.

TEGUH: Setelah selesai majlis perjumpaan itu, Uthman kembali dahulu.

FAEZ: Rasulullah saw pun memberitahu kedua-dua bapa mertuanya mengapa Baginda berdiri semasa kedatangan Uthman. Setiba Uthman tadi, para malaikat berdiri menyambut kedatangan Uthman. Melihat sebegini, Rasulullah saw pun berdiri bersama-sama dengan para malaikat tadi.

AKHTAR: Para malaikat sangat hormati Uthman. Di antara sebabnya ialah setelah menganuti Islam, Uthman tidak pernah mendongak mata merenong wanita-wanita di hadapannya, kecuali isterinya sahaja.

No comments:

Post a Comment