Bagi kesenangan bicara kita pada hari ini, anak angkat yang kita ambil ialah seorang yang bukan dari kalangan saudara mara kita di pihak suami atau isteri.
Adalah terbatal wuduk sekiranya kita menyentuh kulit sama kulit akan seseorang dewasa yang berlainan gender tanpa ada apa-apa ikatan muhrim. Seperti contoh seseorang anak angkat lelaki dewasa bersalaman dengan ibu angkatnya. Kedua-dua terbatal wuduk masing-masing jika tidak memenuhi syarat.
Sekiranya anak angkat tersebut bukan anak penyusuannya (susu ibu) yang sempurna atau bukan anak saudaranya yang sah. Ini boleh berlaku apabila kita mengambil anak angkat pada usia anak tersebut berumur melebihi 2 tahun.
Penyusuan di anggap sempurna dan membolehkan dari segi hukum melayakan anak angkat di anggap seperti anak sendiri (agar sentuhan kulit tidak membatalkan wuduk) sekiranya 2 syarat ini di penuhi :
(1) penyusuan berlaku sebelum bayi berumur 2 tahun,
(2) bayi mestilah menyusu paling kurang sebanyak 5 kali kenyang. Kenyang di kira apabila bayi menyusu dan berhenti dengan sendirinya.
(1) penyusuan berlaku sebelum bayi berumur 2 tahun,
(2) bayi mestilah menyusu paling kurang sebanyak 5 kali kenyang. Kenyang di kira apabila bayi menyusu dan berhenti dengan sendirinya.
Kadangkala bayi yang sedang menyusu akan batuk, sedawa, berhenti sebentar menarik nafas dan sebagainya tidak di anggap berhenti dengan sendiri. Setelah bayi itu batuk, penyusuan bersambung semula dan ini masih di kira sebagai satu penyusuan jua bukan dua.
Ada juga couple yang sudah lama berkahwin tetapi belum di kurniakan zuriat. Mereka ingin mengambil anak angkat (berumur kurang dari 2 tahun) dan tiada pertalian persaudaraan.
Permasaalahannya ialah isteri dalam kes ini belum pernah mengandung dan pernah cuba mengambil hormon, tetapi masih tidak dapat menghasilkan susu. Macam mana mereka hendak menyelesaikan kes pembatalan wuduk ini.
Sekiranya anak angkat itu seorang bayi lelaki, maka permasalah wuduk ialah di antara bayi lelaki ini (bila sudah dewasa nanti) dengan ibu angkatnya.
Dalam kes ini hendaklah bayi itu dimenyusukan oleh mana-mana adik beradik perempuan sebelah isteri tersebut. Dengan ini anak angkat itu akan menjadi anak "sesusu" kepada adik beradik isteri berkenaan. Di samping itu dari segi hukum anak angkatnya akan menjadi anak saudaranya yang sah dan permasalahan batal wuduk tidak timbul lagi.
Begitu juga jika bayi ini seorang perempuan. Hendaklah adik beradik perempuan sebelah suami pula menyusukannya.
No comments:
Post a Comment