Tuesday, January 10, 2012

BERCAKAP DALAM SOLAT BATAL

TEGUH: Bercakap-cakap dalam solat akan membatalkannya. Kita pernah lihat ada jemaah di Mekah yang menjawab telefon ketika sedang solat. Apabila mobile phonenya berdering....dia akan angkat dan menjawab “solat!”.

IMAN NAJAH: Sekarang mari kita tengok apa yang tertulis dalam sebuah kitab mengenai perkara ini. Kitab itu menyatakan bahawa bercakap dengan perkataan satu huruf yang difahami akan membatalkan solat.

FAEZ: Jika dua huruf yang tidak difahami juga boleh membatalkan solat. Cakap-cakap ini adalah dalam bahasa manusia seperti Melayu, Arab atau apapun bahasa-bahasa lain.

TEGUH: Nampaknya jika satu huruf yang tidak difahami dibolehkan. Walau bagaimanapun janganlah kita sengaja-sengaja bercakap dalam satu huruf pun....buat apa nak cari problem.

MULIA: Kitab itu menambah senarai perbuatan seperti berdehem, ketawa, menangis, suara mengerang sakit, meniup, batuk dan bersin. Sekiranya kesemua perbuatan ini berbunyi menzahirkan dua huruf maka ia boleh membatalkan solat.

AKHTAR: Walau bagaimanapun, sekiranya kita dalam keadaan batuk, berdehem atau bersin berterusan dan tidak mungkin dapat mengawalnya kerana keuzuran........ maka solatnya tidak terbatal.

FAEZ: Senyum tidak membatalkan solat. Berdehem kerana mengeluarkan kahak semasa berpuasa di bolehkan, oleh sebab jika kahak itu ditelan boleh membatalkan puasanya pula.

IMAN NAJAH: Yang kita bincang bahasa manusia, apa pula hukumnya jika bahasa al-Quran? Kitab ini memberi 4 pandangan iaitu (1) jika niat membaca al-Quran......tidak batal solat, (2) sekiranya niat membaca al-Quran dan bersekali dengan niat memberitahu.......tidak batal solat,(3) niat memberitahu sahaja..........batal, (4) tidak berniat apa-apa..........hukumnya batal solat.

No comments:

Post a Comment