IMAN NAJAH: Dalam al-Quran ada di ceritakan mengenai Nabi Suleiman dengan bala tenteranya.
TEGUH: Dalam perjalanan tentera ke suatu tempat, Nabi Suleiman ada terdengar para semut mengarahkan rakan-rakannya supaya cepat-cepat mencari perlindungan agar tidak di pijak oleh bala tentera Nabi Suleiman tersebut. Ini boleh di rujuk surah al-Naml 27 ayat 17-19.
FAEZ: Cerita ini berlaku kira-kira 3 ribu atau 4 ribu tahun yang lalu. Iaitu para semut boleh bercakap sesama mereka.
TEGUH: Para ilmuan barat tidak percaya perkara ini dan mencemuh bahawa apa yang terkandung dalam al-Quran hanya dongengan atau hayalan sahaja.
AKHTAR: Semut adalah satu makhluk Allah yang istemewa. Ia mempunyai urat saraf berjumlah 500,000 yang di padatkan di dalam badan semut bersaiz 2 – 3 milimeter sahaja.
MULIA: Semut mempunyai organisasi sosial yang sangat tersusun . Iaitu satu koloni yang ada permaisuri, askar, pekerja dan lain-lain. Ianya perlu satu sistem komunikasi yang sangat berkesan.
IMAN NAJAH: Profesor Jeremy Thomas dari Oxford University ada membuat kajian merakam suara permaisuri semut ini. Setelah sekian lama dengan menggunakan perakam canggih, suara permaisuri dapat di rakamnya.
TEGUH: Profesor Jeremy kemudian memainkan suara rakaman itu kepada satu koloni semut. Apabila mendengarnya, barisan semut menjadi kaku dan mengerakkan sesungut mereka seolah-olah mendengar arahan. Lepas itu mereka bergerak bersama-sama, seakan-akan melaksanakan arahan tersebut.
AKHTAR: Profesor Robert Hickling ada menyimpan rekod suara para semut. Ini boleh di rujuk dalam Journal Sound and Vibration 2006.
FAEZ: Apa yang hendak di bangkit di sini bahawa apa yang terkandung dalam al-Quran adalah benar belaka.
No comments:
Post a Comment