IMAN NAJAH: Kami sedang membaca sebuah buku mengenai tajuk di atas karangan Allahyarham K.H. Siradjuddin Abbas terbitan Pustaka Tarbiyah Baru Jakarta. Buku ini telah diulang cetak kali yang ke 9.
TEGUH: Mari kita cari makna Ahlussunah Wal Jama'ah.......pada amnya bermaksud penganut yang yakin kepada kepercayaan yang dianut oleh Rasulullah saw dan sahabat-sahabat baginda.
FAEZ: Kepercayaan ini bermaksud (1) percaya kepada Ketuhanan....Allah (2) percaya kepada Kenabian (3) percaya kepada perkara gaib.......akhirat, syurga, neraka (4) percaya kepada ajaran Islam sepenuhnya.....bersumber kepada al-Quran dan sunnah.
MULIA: "Sahabat-sahabat baginda" pula di rujuk oleh sebilangan besar ahli ilmuan kepada Khalifah Rasyidin....iaitu Saidina-saidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali.
AKHTAR: Rasulullah saw pernah mengingatkan kita bahawa pada akhir zaman akan ada golongan berceramah dengan mengatakan ilmu yang dia jelaskan ini bersumberkan al-Quran dan sunnah. Kita perlu berwaspada kepada golongan ini....mereka sendiri tidak solat fardu secukupnya, tidak puasa dan tidak mematuhi syariah Islam sepenuhnya.
MULIA: Kita pernah mendengar bahawa di akhir zaman umat fahaman Islam akan berpecah kepada 73 kumpulan fahaman. Hanya satu kumpulan ini sahaja yang benar sepenuhnya...iaitu kaum Ahlussunnah wal Jama'ah.
IMAN NAJAH: Mari kita cari siapa dia yang 72 kumpulan itu lagi...kaum Syi'ah yang banyak berada di Iran. Mereka memuja Saidina Ali dan tidak mengakui Abu Bakar, Umar dan Uthman. Kumpulan ini juga berpecah kepada 22 aliran.
FAEZ: Satu lagi kaum Khawari....mereka ini pula membenci Saidina Ali.......ianya berpecah kepada 20 aliran.
TEGUH: Kaum Mu'tazilah yang berfahaman bahawa Allah SWT tidak mempunyai sifat....it has long technical explaination about the sifat.....hard to comprehen....kumpulan ini ada 20 aliran.
AKHTAR: Next kaum Murji'ah....percaya bahawa membuat masiyat (kejahatan) tidak memberi kemudaratan kalau sudah beriman.....ia ikut teori bahawa membuat kebajikan oleh orang kafir tidak dapat apa-apa pahala..... ada 5 aliran.
IMAN NAJAH: Then we have kaum Najariyah....3 aliran. Kaum Jabariah dan kaum Musyabiah...masing-masing satu aliran.
FAEZ: Kalau kita campurkan semua aliran ini kita akan dapat 72 aliran dan campur Ahlussunah wal Jamaah....berjumlah 73 kesemuanya.
No comments:
Post a Comment