IMAN NAJAH: Disini kita ingin membincangkan perihal mengambil wuduk dengan menggunakan air mineral dalam botol.
TEGUH: Biasanya apabila kita berada di luar negara akan membeli air untuk berwuduk. Botol kecil 0.5 liter sudah mencukupi....boleh ambil wuduk sehingga dua kali jika berjimat.
AKHTAR: Sebelum itu, kita kena faham anggota badan yang wajib perlu di kenakan air semasa berwuduk....iaitu (1) muka.... seluruhnya (2)tangan...... dari hujung jari hingga ke siku (3) kepala...... pangkalnya (4) kaki ......dari hujung jari kaki hingga ke buku lali.
MULIA: Biarpun kita biasa buat tiga kali bagi setiap perbuatan meratakan air itu, tetapi yang wajib adalah perlakuan kali yang pertama sahaja. Perataan kali kedua dan ketiga adalah sunat.
FAEZ: OK, now kita hendak berwuduk menggunakan air mineral atau air paip yang kita simpan dalam botol semasa perjalanan itu tadi. Kita buka tudung botol dan mencurah air ke atas tapak tangan dan meratanya kepada anggota-anggota wuduk mengikut tertib.
IMAN NAJAH: Namun, kita perlu berhati-hati bahawa tiada air atau percikan air semasa kita mengambil wuduk itu termasuk semula ke dalam botol air kita itu apabila meratakan air pada empat anggota yang wajib tu.......anggota yang sunat no hal! Please continue reading!
FAEZ: Jika ini berlaku maka air dalam botol itu akan menjadi (1) tak sah sebagai air wuduk, dan (2) sah sebagai air wuduk.
TEGUH: Di bawah kategori (1) tidak boleh digunakan untuk berwuduk disebabkan percikan air pada perataan PERTAMA pada pada setiap perbuatan empat anggota wajib wuduk di atas itu sahaja.
TEGUH: Di bawah kategori (1) tidak boleh digunakan untuk berwuduk disebabkan percikan air pada perataan PERTAMA pada pada setiap perbuatan empat anggota wajib wuduk di atas itu sahaja.
!
MULIA: Contoh, semasa meratakan air ke muka, kita lakukan tiga kali....meratakan air pada kali pertama itulah yang sensitif. Yang kali kedua dan seterusnya jika percikan masuk semula ke dalam botol tidak mengapa.
AKHTAR: Begitulah seterusnya pada tangan, pangkal kepala dan kaki. Perataan pertama sahaja yang sensitif.
TEGUH: Air berbaki yang masih ada dalam botol itu boleh di minum....dan apabila tiba waktu solat seterusnya boleh di gunakan sebagai air wuduk dengan syarat kesuciannya masih terpelihara....tiada percikan air perlakuan pertama ke dalamnya seperti perbincangan tadi.
MULIA: Bila air dalam botol berkurangan, ianya boleh ditambah dengan memenuhinya daripada mana-mana air paip.
FAEZ: Pokoknya.....jangan kita tidak solat kerana alasan tiada air bersih.....
No comments:
Post a Comment