Tuesday, June 12, 2012

SOLAT BAGI DOWN SYNDROME

IMAN NAJAH: Anak down syndrome  adalah ketentuan Allah SWT jua. Kita sebagai ibu bapa perlu banyak-banyak bersabar ujian daripada Allah SWT ini.

TEGUH: Kesabaran ini akan dibalas dengan segala kenekmatan semasa di akhirat nanti.......dalam syurga. InsyAllah.

AKHTAR: Mengikut kajian saintis, down syndrome adalah berkaitan genetic di mana ianya memperolehi 47 chromosomes berbanding orang sihat biasa ada 46.

MULIA: Semua orang Islam wajib bersolat termasuk mereka yang down syndrome ini juga.

TEGUH: Namun, ianya wajib jika down syndrome ini memenuhi tiga syarat (1) seorang Islam (2) sudah baliqh (3) berakal.

FAEZ: Seorang Islam bermaksud jika (1) bapa kepada down syndrome ini seorang Islam, maka anak tersebut ditakrif Islam, walaupun anak berkenaan tidak pandai mengucap.

TEGUH: Keagamaan ibu tidak di ambil kira.....hanya agama bapanya sahaja.

MULIA: Jika bapa budak itu bukan Islam, maka anak berkenaan hendaklah tahu mengucap.....baharulah dia di anggap beragama Islam. 

IMAN NAJAH: Kedua  baliqh.....jika perempuan telah (1) datang haid (2) mengandung, (3) mimpi hingga discharge, atau (4) telah berumur 15 tahun.....mana-mana yang terdahulu.

MULIA: Baliqh bagi lelaki (1) mimpi hingga dicharge (2) tumbuh bulu di  kemaluan.......ini jarang orang sebut... atau (3) berumur 15 tahun.

AKHTAR: Syarat ke tiga....berakal.   Ini subjektif....boleh mengurus diri bagi perkara-perkara asas.....kenal kotor dan bersih....apa lagi

FAEZ: OK jika ketiga-tiga syarat ini ada....maka wajib solat, puasa.....




No comments:

Post a Comment