Sebagai umat Islam kita hidup dengan peraturan dan hukum. Bagaimana ianya ditetapkan?
Majoriti ulama mensenaraikan 8 punca sumber hukum ini, dan ianya dipecahkan kepada 2 kumpulan i.e. sumber utama dan sumber cabang.
Sumber utama ialah (1) al-Quran (2) hadis iaitu sunnah Rasulullah (3) Ijmak dan (4) Qias.
Perkara (1) dan (2) kita telah memahaminya kerana kerap dibicara oleh ustaz-ustaz.

Sumber ke (3) ialah Ijmak. Iaitu cara hukum ditetapkan oleh sekumpulan besar ulama ilmu mengenai satu permasalahan yang perlu tafsiran yang lebih jelas daripada kenyataan al-Quran dan hadis.
Contohnya ialah haram makan lemak babi...dalam al-Quran menyebut daging babi....maka ijmak membuat tafsiran bahawa daging babi ini termasuk lemaknya sekali.
Sumber ke (4) ialah Qias. Iaitu hukum ditetapkan mengenai satu masalah baharu yang tiada nas diatasnya, dan keputusannya berdasarkan kepada menyamakan masalah baharu itu dengan masalah lama disebabkan wujudnya persamaan dari segi sifat kedua-duanya.
Contoh yang dicatatkan ialah perlantikan Abu Bakar menjadi khalifah pertama berqiaskan kebenaran Rasulullah menyuruh Abu Bakar menjadi imam semasa baginda sakit.

No comments:
Post a Comment