IMAN NAJAH: Sebelum ini kita sudah bicara tentang empat sumber utama hukum iaitu dari al-Quran, hadis, ijmak dan qias.
TEGUH: Sekarang kita terus membincangkan sumber cabang pula dan kita numborkanya ke (5) Istihsan, (6) al-Masalih al-Mursalah, (7) uruf dan (8) Istihab.
AKHTAR: Para pembaca diminta berhati-hati dengan perjelasan kami ini kerana agak sukar hendak menerangkannya secara ringkas. Kita akan cuba sedaya upaya.....but just be careful.
FAEZ: Sumber ke (5) Istihsan...beramal dengan qias tersembunyi daripada qias yang nyata........ atau ada juga diperkatan......pengecualian masalah khusus daripada prinsip yang umum.
MULIA: Contoh.... prinsip umum ialah berpuasa daripada makan dan minum....tetapi jika termakan atau terminum kerana lupa, maka puasa tidak batal atas alasan pengecualian masalah khusus.
TEGUH: Hukum ini dibuat adalah berdasarkan dalil al-Quran juga. Surah al-Baqarah (2) ayat 185 bermaksud "......Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu........".
AKHTAR: Ada banyak contoh hukum dibuat dengan cara Istihsan ini...seperti (i) wakaf.....prinsip umum harta yang hendak diwakafkan mestilah harta kekal tidakalih seperti tanah. Tetapi dikecualikan jika hendak wakaf kitab....bolehalih.

No comments:
Post a Comment