Tuesday, July 24, 2012

BAGAIMANA HUKUM DIBUAT...bahagian : 3/4

IMAN NAJAH: Sumber seterusnya ialah (6) al-Masalih al-Mursalah.....ia diertikan membuat sesuatu hukum yang baik dan berfaedah untuk kepentingan manusia dan masyarakat yang tidak ada sebarang nas untuk dijadikan bukti samada ia boleh dilaksanakan atau tidak.

MULIA: Contoh terbaik ialah pengumpulan ayat-ayat al-Quran yang tidak pernah berlaku semasa zaman Rasulullah. Namun atas pandangan Umar, semasa Abu Bakar menjadi khalifah telah mengumpul ayat-ayat al-Quran yang bertaburan disusun semula dalam satu mushaf.  

AKHTAR: Tiada nas khusus yang menyuruh atau melarang tetapi ianya rasional bagi memelihara al-Quran daripada hilang dengan kematian para sahabat yang menghafal al-Quran dalam beberapa peperangan.

TEGUH: Sati lagi contoh ialah dimasa dahulu, pengilang tidak bertanggungjawab jika ada barang pengeluaran kilangnya cacat. Namun di bawah cara al-Masalih al-Mursalah, pengilang diminta membuat akujanji akan mengantikan yang rosak kepada produk baharu yang elok.

FAEZ: Sebenarnya para ulama banyak mempersoalkan mengenai al-masalih  al-mursalah ini. Walau bagaimanapun, ia tidak digunapakai dalam perkara hukum-hukum ibadat eg solat, puasa dll. Ia banyak dipergunakan dalam muamalat..iaitu perhubungan di antara manusia dengan manusia.

No comments:

Post a Comment