IMAN NAJAH: Kejadian ini berlaku kepada seorang pelajar muda Malaysia semasa di Makkah membuat umrah....ini apa yang di ceritakannya dalam artikel berkenaan.
TEGUH: Semasa berada di depan Kaabah..pelajar itu mengangkat tangan dan berkata lebih kurang begini.....Ya Allah, saya kerap mendengar bahawa Allah akan membayar cash semasa di Makkah....maka tunjukkanlah buktinya dengan menghilangkan selipar saya yang berada di pintu masuk tadi...
AKHTAR: Selepas berdoa itu, pelajar berkenaan cepat-cepat lari untuk mengambil seliparnya...apa yang terjadi seliparnya sudah tiada...maka dia balik ke hotel berkaki ayam.
FAEZ: Dia kemudian meminta wang dari bapanya untuk membeli selipar baharu.
MULIA: Apabila setiap kali pergi beribadat di masjid Makkah itu, seliparnya akan hilang.
TEGUH: Setelah beberapa kali meminta wang dari bapanya untuk membeli selipar, maka bapanya merasa hairan...dan bertanya seorang ustaz...
AKHTAR: Setelah pelajar itu bercerita pada ustaz itu apa yang berlaku...ustaz itu minta pelajar memohon maaf kepada Allah...
IMAN NAJAH: Selepas itu, seliparnya tidak lagi hilang.
No comments:
Post a Comment