IMAN NAJAH: Sekarang ini ramai bakal haji sedang menjalani kursus haji. Kami di sini ingin membuat sedikit coretan kepada bakal jemaah haji. Mudah-mudahan ianya ada sedikit munafaat yang boleh dikongsi bersama.
MULIA: Coretan yang akan kami bicara ini boleh mula dilaksanakan dari sekarang.....kerana jemaah hanya tinggal kira-kira sebulan sahaja akan berangkat ke Makkah.
FAEZ: Penyakit batuk sukar untuk dielakkan semasa di Makkah...maka buatlah persiapan dengan memakan "minyak ikan" dari sekarang. Terbaik minyak ikan yang cair putih "cod liver oil". InsyaAllah kita akan terhindar dari batuk teruk.....
TEGUH: Kita kebanyakkannya jarang berjalan kaki...pergi supermarket yang dekat rumah pun naik kereta. Maka dari sekarang boleh buat latihan berjalan kaki di kawasan taman perumahan kita tu.....bagi yang wanita jangan pakai baju sukan...tetapi pakailah baju kurung cotton...baju ini juga akan dibawa bersama ke Makkah nanti....di Makkah wanita pakai telekung.....buatlah tujuh pusingan sebagai latihan....
AKHTAR: Kadang kala kita kerap tersilap kira berapa pusingan telah dilakukan...sebagai persediaan buatlah tasbih tujuh biji....cari tasbih lama, kerat dan buat tasbih 7 biji.
MULIA: Bagi lelaki mulalah berlajar memakai selipar...cari selipar yang sesuai dan boleh kena air...senang untuk mengambil wuduk...kalau boleh jangan bawa kasut. Gunakan selipar dari sekarang supaya ianya "seasoned" apabila berada di Makkah nanti.
IMAN NAJAH: Bagi perempuan, carilah kasut getah atau kasut kain...biasakan pakai dari sekarang...jika tidak sesuai masih boleh cari yang lain.
TEGUH: Buat "uncang" iaitu kain berjahit untuk simpan selipar semasa di masjid nanti....cari kain usang, jika guna kain batik lama lagi bagus... ramai orang guna plastik dan masjid Makkah pun ada sediakan plastik kasut free...tapi lebih baik bawa "uncang kain" kita sendiri supaya senang dikenalpasti.
FAEZ: Seperkara lagi, buat uncang kecil untuk mengisi batu lontaran nanti biasanya dikutip semasa di Mina....boleh muat berpuluh biji batu sebesar anak jari setiap satu...kutip biar ada spare, takut-takut ada yang terjatuh semasa melontar..kita perlu 7 biji semasa hari Id dan 21 biji pada hari-hari tasyriq.
AKHTAR: Sekarang ini di Makkah, kawasan dan lanskap kawasan masjid telah banyak berubah sejak tahun 2008, kita mungkin tersilap pintuk keluar. Tapi paling senang untuk cari bearing pintu keluar dari masjid ke hotel kita, gunakan landmark jam besar...semasa di kawasan Kaabah kita mengadap ke arah jam besar...dan pastikan pintu keluar ke hotel...either depan, kiri atau sebagainya.
MULIA: Sentiasa bawa air mineral atau air paip atau air zam-zam dalam botol kecil....senang untuk wuduk jika terdesak.
MULIA: Di Madinah untuk cari hotel tidak berapa susah...tapi kena ingat nama hotel berkenaan....bentuk bangunan hotel hampir serupa dengan deretan kedai-kedai kain di bawahnya.
TEGUH: Bagi mereka yang perlu gunakan kerusi roda, harganyanya termasuk tukang tolak ialah Rial 100-150 sahaja untuk tawaf dan saie.........kalau melalui ejen di hotel boleh mencicah Rial 500. Banyak kerusi roda untuk disewa di kaki lima hotel...perlu pandai nego...budak-budak Arab lagi murah berbanding Indo.

No comments:
Post a Comment