IMAN NAJAH: Ayat al-Quran disampaikan kepada Rasulullah saw melalui proses Inzal atau Tanzil yang membawa maksud Allah mengajar kepada malaikat Jibril.
MULIA: Kemudian Jibril menurunkan dan menyampaikannya kepada Rasulullah saw.
TEGUH: Para ulama sebenarnya berselisih pendapat dalam menentukan ayat yang pertama diturunkan.
AKHTAR: Namun begitu, majoriti ulama telah sepakat bersetuju ayat terawal yang diturunkan kepada Rasulullah saw ialah ayat pertama sehingga ayat kelima surah al-'Alaq.......Iqra' bismi Rabbika allathi Khalaq.....hingga akhir.
FAEZ: Ayat tersebut diturunkan pada 17 Ramadan semasa Rasulullah saw berusia 40 tahun pada malam Lailatul Qadar. Surah al-Qadar 97 ayat 1 bermaksud "Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Lailatul Qadar".
No comments:
Post a Comment