Monday, September 10, 2012

AYAT AL-QURAN TERAKHIR TURUN

IMAN NAJAH: Ada lebih daripada sepuluh pendapat mengenai ayat terakhir al-Quran diturunkan kepada Rasulullah saw.

TEGUH: Tetapi yang popular ada dua iaitu (1) ayat 3 surah al-Ma'idah  yang bermaksud "Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redai Islam itu jadi agama bagimu". 

AKHTAR: Surah al-Ma'idah ayat 3 ini turun kepada Rasulullah saw pada Haji Wada' ketika Rasulullah saw berada di Padang Arafah pada hari Jumaat selepas solat Asar.

MULIA: Pendapat kedua (2) ialah ayat 281 surah al-Baqarah yang bermaksud "Dan peliharalah dirimu dari (azab yang terjadi pada) hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya".

FAEZ: Namun disepakati ulama bahawa ayat terakhir ialah ayat 281 surah al-Baqarah. Ia berdalilkan riwayat daripada Ikrimah daripada Ibn 'Abbas, kerana selepas sembilan (9) hari turunnya ayat itu Rasulullah saw wafat iaitu pada 3 Rabiul Awwal tahun kesepuluh selepas penghijirahan Rasulullah saw ke Madinah dan berusia 63 tahun.

MULIA: Manakala selepas turunnya ayat 3 surah al-Ma'idah Rasulullah saw masih hidup sekitar 81 hari.   

No comments:

Post a Comment