Tuesday, September 11, 2012

CIRI-CIRI AYAT MADANIYYAH

IMAN NAJAH: Sekurang-kurangnya ada enam ciri ayat Madaniyyah...pertama (1) ialah kesemua surah yang mengandungi ayat yang dimulakan dengan "Ya Aiyuhal Laji Na'amanu" (Beware of my spelling!)......seperti (i) al-Baqarah:104,153,172,178,183,208,254, 264,278,282 / (ii) Ali 'Imran: 100,102,118,130,149,156,200 / (iii) al-Nisa':19,29,43,59,71,94,135,136,144 / (iv) al-Ma'idah:1,2,6,8, 11.

MULIA: Ciri kedua (2) ialah kebanyakkan ayat-ayatnya panjang.... panjang daripada struktur ayat  bukannya struktur surah.... bentuk ayat yang panjang lebih sesuai dengan pembentangan syariah kerana ianya memerlukan ayat yang bersifat keterangandan memberi penerangan....namun terdapat juga surah Madaniyyah yang pendek seperti surah al-Nasr serta mengandungi ayat-ayat pendek jua. Begitu juga ada surah Madaniyyah yang pendek tetapi mengandungi ayat-ayat yang panjang seperti surah al-Hujurat dan surah al-Mujadilah.

AKHTAR: Ciri ke tiga (3) ialah seruan kepada Ahli Kitab dari dua agama Sanawi iaitu Yahudi dan Nasrani supaya mereka bergabung di bawah panji Islam....seperti surah (i) al-Baqarah:109 (ii) Ali Imran:64,65,69,70,71,98,99 (iii) al-Nisa':171 (iv) al-Maidah:15, 19,59,68,77.

TEGUH: Ke empat (4) ialah surah yang mengandungi perintah keizinan berjihad, perintah dan perjelasan mengenai hukum-hakam peperangan.....kerana jihad tidak disyariatkan melainkan di kota Madinah......seperti surah al-Anfal, al-Baqarah, al-Taubah dan al-Ahzab.

FAEZ: Ciri ke lima (5) ialah topik asas surah Madaniyyah adalah persolan syariah yang berkaitan ibadat, muamalat, fara'id, hukum hudud, undang-undang awam dan antarabangsa, hukum kenegaraan , ahwal shahsiah, kekeluargaan.

MULIA: Ciri ke enam (6) ialah mengenai kandungan surah Madaniyyah membincangkan hal ehwal orang munafik dan pendirian mereka terhadap Rasulullah saw kecuali surah al-Ankabut. Golongan munafik ini hanya timbul selepas hijrah Rasulullah saw ke Madinah ketika kedudukan umat Islam mulai teguh.

No comments:

Post a Comment