Tuesday, September 11, 2012

CIRI-CIRI  AYAT MAKKIYYAH

IMAN NAJAH: Sebenarnya agak sukar bagi kita untuk mengenali ayat Makkiyyah atau Madaniyyah kerana ia tidak dijelaskan oleh Rasulullah saw.....ianya tidak ada perintah daripada Allah dan tidak menjadi kewajipan kepada setiap Muslim mengetahuinya.

FAEZ: Pengkaji al-Quran menggunakan kaedah Tariq al-Qiyas bagi mengenalpasti ayat-ayat tersebut....dengan melihat aspek uslub surah-surah, topik-topik ayat dll.

TEGUH: Di antara ciri-ciri ayat Makkiyyah ialah (1) surah yang mengandungi lafaz "kal la" (ejaan: kaf lam alif)...perkataan ini terdapat pada 33 tempat dalam 15 surah....contoh surah Maryam:79,82 / al-Mu'minun:100 / al-Syu'ara:15,62 / Saba:27 / al-Ma'arij: 15, 39 / al-Muddaththir:16,32,53,54.

AKHTAR: Ciri kedua (2) ialah setiap surah yang mengandungi ayat Sajdah adalah Makkiyyah.

MULIA: Ketiga (3) setiap surah yang dimulakan dengan huruf Hija'iyyah seperti alif lam ra / alif lam mim / nun / kaf ....kecuali dua surah iaitu al-Baqarah dan Ali 'Imran kedua-duanya adalah Madaniyyah.

IMAN NAJAH: Ciri keempat (4) ialah surah yang menyebut kisah Nabi Adam dan Iblis seperti surah al-A'raf:1 / al-Hijr:31,32 / al-Isra:61 / al-Kahf:50 / Taha:74, 75.......kecuali surah al-Baqarah.

MULIA: Ke lima (5) surah yang menyebut lafaz "ya bani adam" (please be aware about my spelling in Arabic...not perfect!)  seperti di al-A'raf:26,27,31,35 / Yasin:60.

AKHTAR: Ciri ke enam (6) ialah surah-surah yang membincangkan cerita para rasul dan umat dahulu kala yang mengandungi nasihat, pengajaran, sunnah dan nasihat.....kecuali surah al-Baqarah.

TEGUH: Ke tujuh (7) ialah mengandungi ayat yang dimulakan dengan "Ya 'ahyuan nas" .....kecuali pada 8 tempat iaitu (i) al-Baqarah:21, 168 (ii) al-Nisa':1,133,170,175 (iii)  al-Hajj:1 dan (iv) al-Hujurat:13.

FAEZ: Ciri yang kelapan (8) ialah kebiasaannya pada ayat-ayat pendek...kerana penduduk Makkah terkenal dengan kefasihan dan kepetahan bercakap...maka kata-kata yang ringkas adalah lebih sesuai kepada golongan tersebut. Namun ada juga ayat-ayat Madaniyyah yang pendek seperti dalam surah al-Nasr.

AKHTAR: Ke sembilan (9) ialah topik asas surah Makkiyyah adalah akidah. Perbincangan tentang syariah tidak berlaku pada ayat Makkiyyah kecuali sekadar arahan-arahan umum. Ia banyak menekankan kepada prinsip keimanan.

TEGUH: Ciri ayat Makkiyyah yang ke sepuluh (10) ialah mengandungi sebutan sumpah di awal surah....seperti as-Saaffat / al-Zariyat / al-Tur / al-Najm / al-Qamar / al-Mursalat / al-Nazi'at / al-Buruj / al-Tariq / al-Fajr / al-Syams / al-Layl / al-Duha / al-Tin / al-Adiyat dan al-'Asr.

No comments:

Post a Comment