Wednesday, September 19, 2012

MUKJIZAT

IMAN NAJAH: Mukjizat adalah perkara luar biasa yang dianugerahkan oleh Allah hanya kepada rasul-rasul-Nya bertujuan untuk membuktikan kebenaran riasalah yang dibawa serta melemahkan mereka yang menentangnya.

TEGUH: Mukjizat Nabi Musa berupa tangan dan tongkat kerana pada ketika itu berleluasa fenomena sihir.

AKHTAR: Mukjizat Nabi Isa menghidupkan orang yang mati, menyembuhkan penyakit buta dan kusta, serta dapat mengetahui hal-hal yang ghaib.

MULIA: Mukjizat Rasulullah saw ialah al-Quran itu sendiri..kitab suci yang mana Allah swt sendiri berjanji akan memeliharanya sepertimana surah al-Hijr 15 ayat 9 yang bermaksud "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya".

FAEZ: Al-Quran mempunyai gaya bahasa dan nilai estetikanya yang terlalu tinggi dan boleh menimbulkan getaran jiwa, perasaan khuyusuk dan keinsafan yang tidak terdapat pada kitab-kitab suci lain yang diturunkan Allah swt.

AKHTAR: Pakar-pakar sastera Arab sendiri terpegun dan kagum mendengarnya apatah lagi menandandinginya.

TEGUH: Al-Quran mencakupi semua disiplin ilmu. Tugas al-Quran bukanlah untuk memberi jawapan secara terperinci kepada kita tentang masalah-masalah alam semesta dan hakikat-hakikat kewujudan sesuatu dari segi ilmiah, tetapi al-Quran memberi petunjuk dan panduan kepada kita tentangnya.

MULIA: Dalam al-Quran terdapat 750 ayat yang menyentuh tentang sains. InsyaAllah kita akan menyentuh perkara tersebut di hari muka.

No comments:

Post a Comment