IMAN NAJAH: Sesuatu ayat al-Quran tidak mungkin dapat ditafsirkan dengan sempurna tanpa mengetahui latar belakang cerita mengenainya dan sebab musabab turunnya sesuatu ayat.
TEGUH: Sebab penurunan ayat boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu (1) sebab peristiwa dan (2) sebab pertanyaan.
AKHTAR: Di antara contoh sebab peristiwa ialah (i) pertengkaran yang terjadi pada kaum Aus dengan kaum Khazraj.....dalam surah 3 Ali 'Imran ayat 103 yang bermaksud "Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan ni'mat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena ni'mat Allah orang-orang yang bersaudara, dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk".
MULIA: Sudah pasti lebih senang untuk seseorang mentafsirkan ayat al-Quran di atas sekiranya dia mengetahui cerita sebenar sebab menyebab berlakunya pertengkaran tersebut.
FAEZ: Contoh ke (ii) sebabkan peristiwa ialah di mana Abdul Rahman bin Awf mengundang Ali bin Abi Talib bersama sahabat lain menjamu selera..dihidangkan juga khamar hingga mereka semua mabuk..apabila tiba waktu solat, Ali menjadi imam lalu tersalah membaca surah al-Kafirun...maka turun surah 4 al-Nisa' ayat 43 yang bermaksud "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu shalat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan.......".
TEGUH: Sebelum ayat ini diturunkan, minum arak dibolehkan. Tetapi setelah kejadian mabuk ini, minuman arak diharamkan bagi mereka yang hendak melakukan solat tetapi di masa lain masih di bolehkan.
AKHTAR: Walau bagaimanapun, setelah sekian lama maka minuman yang memabukkan itu diharamkan di dunia ini sama sekali sehingga ke hari kiamat.
IMAN NAJAH: Namun begitu, semasa di surga nanti, minuman arak di halalkan semula. Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui.
MULIA: Contoh penurunan ayat di sebabkan pertanyaan pula ialah (i) seorang wanita yang bernama Khawlah binti Tha'labahyang diziharkan oleh suaminya 'Aws bin al-Samit...zihar adalah kata-kata suami bahawa "kamu bagiku sudah seperti punggung ibuku" atau seumpamanya...maka turunlah surah 58 al-Mujadilah ayat 1 yang bermaksud "Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan wanita yang memajukan gugatan kepada kamu tentang suaminya, dan mengadukan (halnya) kepada Allah. Dan Allah mendengar soal jawab antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat".
AKHTAR: Surah ini bersambung lagi di mana ayat ke 2 menyatakan suami berkenaan telah melakukan perbuatan yang munkar. Dan ayat ke 3 mewajibkan supaya memerdekakan seorang budak (hamba) sebelum pasangan berkenaan boleh bercampur. Seterusnya ayat ke 4 menyatakan sekiranya tidak mampu juga hendaklah berpuasa selama dua bulan berturut-turut atau memberi makan kepada 60 orang miskin.

No comments:
Post a Comment