Monday, September 3, 2012

NAMA AL-QURAN

IMAN NAJAH: Al-Quran ada berbagai nama...dan kita tidak perlu bersusah payah mencarinya...kesemua nama tersebut ada dalam al-Quran itu sendiri.... disebut dalam bahasa Arab.... perlu rujuk al-Quran.

TEGUH: Surah al-Anbiya 21 (Nabi-Nabi) ayat ke 10 menamakannya al-Kitab yang bermaksud tertulis atau termaktub. Sememangnya ianya termaktub sejak azali lagi dan kemudian ditulis di dalam mushaf dan terpelihara kesucian serta keasliannya.

MULIA: Surah al-Furqan 25 (Pembeda) ayat 1 beri nama al-Quran sebagai al-Furqan bermaksud pembeza. Membezakan di antara perkara halal dan haram, baik dan buruk...

AKHTAR: Surah al-Hijr 15 ayat 9 yang beri nama al-Zikr  bermaksud peringatan. Mengingatkan manusia pembalasan di hari akhirat dan sebagainya.

FAEZ: Surah al-Syu'ara 26 (Para Penyair) ayat 192 menamakannya sebagai al-Tanzil yang bermaksud diturunkan. Memang benar al-Quran diturunkan oleh Allah swt.

TEGUH: Surah al-Anbiya 21 (Nabi-Nabi) ayat 45 memberi nama al-Wahy yang bermaksud wahyu. 

IMAN NAJAH: Surah as-Syura 42 (Musyawarat) ayat ke 52 menamakan al-Quran sebagai al-Ruh. Al-Quran merupakan sesuatu yang hidup dalam semua aspek kandunganya dan kekal hingga ke hari kiamat.

MULIA: Namun begitu, nama yang paling kerap digunakan ialah al-Quran dan al-Kitab.

TEGUH: Dr Muhammad Darraz berpendapat dinamakan al-Quran kerana ianya dibaca dengan lisan dan dipanggil al-Kitab kerana ia ditulis dengan pena.

AKHTAR: Al-Quran perlu dipelihara dalam bentuk hafalan dan tulisan.

No comments:

Post a Comment