IMAN NAJAH: Ada berbagai definisi mengenai al-Quran ini. Perbincangan ini agak akademik tetapi kita perlu tahu serba sedikit latarbelakang sesuatu perkara itu.
FAEZ: Imam Syafie berpendapat perkataan al-Quran ditulis dan dibaca tanpa hamzah......ianya menjadi perkataan khusus Quran dan bukan Qur'an.
MULIA: Al-Farra (ulama bahasa Arab) juga sependapat bahawa lafaz al-Quran ini tidak memiliki huruf hamzah sepertimana pendapat Imam Syafie, tetapi ianya diambil dari perkataan asal Qarinah yang bermaksud keterangan.
AKHTAR: Namun begitu, Al-Lihyani (ahli bahasa Arab) menyatakan perkataan al-Quran dibaca secara berhamzah.... menjadikannya berbunyi Qur'an. Ianya berpunca daripada perkataan qara'a yang bererti membaca.
TEGUH: Pendapat Dr. Salah al-Khalidi hampir sama dengan pendapat Al-Lihyani iaitu perkataan al-Quran dibaca dengan berhamzah tetapi ianya datang dari perkataan Qira'ah bermaksud dibaca.
FAEZ: Pendapat Dr. Salah al-Khalidi ini berselari dengan ayat al-Quran surah al-Qiyamah (75) ayat 16-18 yang bermaksud:
"Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk (membaca) al- Quran karena hendak cepat-cepat (menguasainya). Sesungguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya (di dalam dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya. Apabila Kami selesai membacakannya maka ikutilah bacaanya itu".
MULIA: Membaca al-Quran adalah merupakan proses awal untuk memahami isi kandungannya. Ini mungkin bermaksud untuk memahami isi kandungan al-Quran, kita tidak boleh hanya membaca terjemahannya sahaja...tetapi perlu membaca al-Quran dalam bentuk bahasa asal dan kemudian mencari terjemahaannya.

AKHTAR: Al-Quran adalah Kalam Allah yang diturunkan kepada Rasulullah saw menerusi malaikt Jibril bermula dari surah al-Fatihah hingga akhir surah al-Nas.
No comments:
Post a Comment