BAGAIMANA
HUKUM HARIAN DITENTUKAN
Ilmu manakah yang bertanggungjawab menentukan hukum bagi
segala perbuatan harian penganutnya?
Ilmu tersebut ialah ilmu fiqh dan ilmu usul fiqh.
Fiqh ialah mengetahui hukum syarak yang berbentuk taklifi
berkaitan dengan perbuatan mukalaf.
Usul Fiqh adalah ilmu yang membincangkan kaedah bagaimana
membuat kesimpulan hukum syarak yang berbentuk taklifi berkaitan dengan
perbuatan mukalaf.
Kedua-duanya sama bertanggungjawab tentang memaklumkan hukum syarak, tetapi tidak serupa mengenai
kaedah merumuskan hukum-hukum syarak tersebut.
InsyaAllah kita mohon kesempatan membincangkan perbezaannya di masa lain. Buat masa ini, kita akan beri tumpuan kepada ilmu Usul fiqh.
Apa yang dimaksudkan dengan “hukum syarak berbentuk
taklifi”?
Taklifi bermaksud arahan melakukan sesuatu perbuatan (wajib
dan sunat), atau arahan meninggalkannya (haram dan makruh), atau arahan memilih
di antara kedua-duanya (harus).
Daripada sumber mana hukum-hukum ini diperolehi?
Para ulama Usul Fiqh telah sepakati bahawa sumber utama
teratas sekali ialah (i) al-Quran, (ii) Sunnah atau hadis
Rasulullah, (iii) Ijmak dan (iv) Qiyas.
Selain daripada empat sumber di atas, wujud sumber-sumber
lain tetapi ada perselisihan pendapat tentang kegunapakainya di kalangan ulama.
Di antara sumber tersebut ialah istihsan, urf, masalih mursalah, istishab, sad
al-dharai, mazhab sahabi dll.
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment