Wednesday, December 9, 2015

JENIS HUKUM MENGENAI PERBUATAN HARIAN

Hukum didefinisikan sebagai perintah Allah yang berkaitan dengan perbuatan mukalaf  sama ada dalam bentuk menyuruh, melarang atau pilihan.

Siapa dia itu mukalaf?

Mukalaf bermaksud individu yang layak dibebankan dengan tanggungjawab agama. Biasanya mereka ini telah mencapai umur baliqh iaitu pernah “bermimpi” dan seterusnya mengeluarkan air mani bagi lelaki dan bagi perempuan pula telah kedatangan haid.

Apa pula maksud tanggungjawab agama?

Tanggugjawab agama adalah seperti bersolat, berpuasa, membayar zakat dan sebagainya. Maka orang yang diiktiraf sebagai mukalaf ini wajib melaksanakan suruhan tersebut jika mereka tiada halangan yang menghalangkannya.

Apakah maksud halangan ini?

Halangan ini ialah jika berlaku kepada mukalaf perkara-perkara seperti tertidur (bukan sengaja-sengaja tidur), gila, kebodohan semulajadi, terlupa, pengsan dan sakit kronik.

Contoh, jika dia tertidur hingga jam 8 pagi , maka apabila terjaga hendaklah terus menunaikan solat fardu subuh. Kelewatannya ini tidak dianggap berdosa. Tetapi jika sengaja-sengaja melewatkan waktu tidur supaya terlewat bangkit subuh, ini tidak digalakkan.

Jenis-jenis bentuk hukum pada amnya adalah seperti berikut:-
(i)                Bentuk menyuruh diterjemahkan sebagai wajib dan sunat;
(ii)             Bentuk melarang pula ialah dalam sifatnya haram dan makruh;
(iii)           Bentuk pilihan pula ialah harus.

Pemberian Pahala atau Dosa adalah seperti berikut:-
HUKUM
MENLAKSANAKANNYA
MENINGGALKANNYA
Wajib
Dapat Pahala
Dapat Dosa
Sunat
Dapat Pahala
Tiada Apa-Apa
Haram
Dapat Dosa
Dapat Pahala
Makruh
Tiada Apa-Apa
Dapat Pahala
Harus
Tiada Apa-Apa
Tiada Apa-Apa

Wallahua’lam.

No comments:

Post a Comment