Thursday, December 24, 2015

comparative religions/perbandingan agama:

KESAMAAN ISLAM DENGAN AGAMA LAIN


Hanya ada 3 agama yang sebenar-benar boleh dipanggil agama.  Ketiga-tiga agama ini disebut sebagai agama langit atau samawi, iaitu agama Yahudi, agama Nasrani dan agama Islam.

Selain daripada ini seperti Hindu, Buddha dan lain-lain adalah satu kepercayaan manusia sahaja. Bukan agama.

Apakah persamaan diantara agama-agama Yahudi, Nasrani dan Islam?

Kesemua agama ini ada kitab masing-masing yang sumbernya daripada Allah:-
  • Yahudi ada kitab Taurat dan Zabur
  • Nasrani pula kitab Injil
  • Islam ada al-Quran
Ketiga-tiga agama ini ada Rasul yang bertanggungjawab ke atas agama tersebut:-
  • Yahudi berasulkan Nabi Musa AS
  • Nasrani pula Nabi Isa AS
  • Islam rasulnya ialah Nabi Muhammad SAW
Kesemua agama tersebut membawa risalah yang sama daripada Allah SWT iaitu agama Tauhid yang mengesakan Allah dan beribadat kepada-Nya dan menjauhi perbuatan syirik.

Nabi Musa diutus untuk kaum Yahudi dan Nabi Isa untuk kaum Nasrani. Nabi Muhammad SAW diutus untuk umat akhir zaman yang bermula kira-kira 1500 tahun yang lalu hingga ke hari kiamat.

Agama Islam ialah agama yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi terakhir (Nabi Muhammad SAW) berserta kitab terakhir (al-Quran).

Apakah semua manusia pada akhir zaman mesti memeluk agama Islam?

Ya, seperti firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 19 yang bermaksud:

"Sesungguhnya agama (yang benar) di sisi Allah ialah Islam".

 Surah yang sama ayat 85, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Sesiapa yang mencari agama selain daripada agama Islam, maka tidak akan diterima (agama itu) daripadanya dan dia di akhirat nanti termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi".

No comments:

Post a Comment