Thursday, December 24, 2015

comparative religions/perbandingan agama

RINGKASAN ASAL USUL AGAMA YAHUDI


Agama yang menerima kitab daripada Allah hanya tiga sahaja, iaitu Islam, Nasrani (Kristian) dan Yahudi (Jews).

Yang lain-lain seperti Hindu, Buddha, Sikh dan Bahai adalah kepercayaan sahaja, bukan agama dari langit.

Walau bagaimanapun kitab-kitab yang digunakan oleh Kristian dan Yahudi sekarang ini ketulinannya telah di cemari dengan ditokok tambah oleh manusia.

Ada empat kitab yang wajib kita percaya kewujudannya:-
(i) kitab Taurat yang diamanahkan kepada Nabi Musa bagi agama Yahudi tulin, 
(ii) kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Daud kepada Yahudi juga, 
(iii) kitab Injil diberi kepada Nabi Isa untuk agama Nasrani tulin, dan 
(iv) Al-Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw.

Kitab Taurat menggunakan bahasa Ibrani, Zabur bahasa Qibti, Injil bahasa Suryani dan al-Quran berbahasa Arab.

Kesemua Rasul-Rasul ini yang menerima Kitab-Kitab ini berbangsa Israel, kecuali Nabi Muhammad berbangsa Arab. Fasal tu orang Israel naik tocang!

Setiap kitab-kitab ini diturunkan secara beransur-ansur, terpisah-pisah dan terbahagi-bahagi dan bukan sekali gus, kecuali kitab Taurat sekali turun.

Al-Quran turun sedikit demi sedikit dalam tempoh 23 tahun, iaitu 13 tahun di Mekkah dan 10 tahun lagi semasa Nabi Muhammad saw berada di Madinah.

Sebelum keempat-empat Kitab utama ini turun, para Rasul telah dibekalkan dengan beberapa surat-surat yang diturunkan dari langit.

Nabi Ibrahim ada menerima 30 surat yang dinamakan suhuf. Kemudian sebelum turunnya kitab Taurat, Nabi Musa ada menerima 10 buah suhuf. Selepas itu Nabi Seth menerima sebanyak 60 buah suhuf lagi. 

Kewujudan suhuf ini wajib kita percayai kerana ianya di jelas dalam surah Al-A’la: ayat 18 dan 19 yang bermaksud :


“Sesungguhnya ini ada pada suhuf-suhuf yang dahulu, iaitu Shuhuf Ibrahim dan Musa”.

Bagaimana asal usul orang Yahudi ini?

Apabila bercerita mengenai agama-agama ini kita kena bermula daripada Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim mempunyai dua anak iaitu Nabi Ismail serta Nabi Ishak.

Dari zuriat Nabi Ismail selepas beberapa keturunan lahirlah Nabi Muhammad. Sementara Nabi Ishak mendapat anak bernama Nabi Yaakub.

Perkataan Israel bermaksud “hamba Allah yang salih” merupakan gelaran kepada Nabi Yaakub. Nabi Yaakub mempunyai 12 anak lelaki, dan di antaranya ialah Levi dan Judah.

Keturunan Judah melahirkan Nabi Daud dan anaknya Nabi Suleiman. Sementara keturunan Levi melahirkan Nabi Harun dan Nabi Musa.

Penganut asal Yahudi semasa era Nabi Musa mempercayai Allah yang satu serta menerima kitab Taurat. Tetapi sekarang ianya telah jauh menyempang daripada ketulinannya.

Kitab Taurat yang di pakai sekarang ada 24 buku di himpun kepada 3 kumpulan, iaitu peraturan Undang-undang, cerita para Nabi, dan Tulisan. 

Di dalam al-Quran, surah al-Taubah ayat 30, ada menyatakan bahawa Yahudi menganggap Uzair sebagai anak Allah.

Uzair ialah seorang tukang tilik bangsa Yahudi dan seorang penulis yang terkenal pada tahun 457BC. Kehebatan beliau mengolah semula isi kandungan Taurat sehinggakan orang-orang Yahudi di waktu tersebut menganggap Uzair sebagai anak Tuhan.

Walau bagaimanapun, ada sedikit daripada amalan mereka agak sama tetapi tidak serupa dengan Islam kita. Seperti contoh, mereka berkhatan bagi lelaki pada umur bayi 8 hari.

Amalan berkhatan seawal umur bayi ini jarang diamalkan oleh masyarakat Melayu tetapi agak biasa bagi Arab. Amalan berhatan ini merupakan perjanjian Allah terhadap Nabi Ibrahim serta keturunannya.

Ia merupakan satu perjanjian yang hukumnya kekal buat selama-lamanya. Nabi Ibrahim yang ketika itu berusaha 99 tahun melaksanakan amalan berkhatan. Amalan ini turut dilaksankaan oleh Nabi Isa, Bani Israel serta Yahudi dan umat Islam sekalian. Namun ia tidak lagi dipraktikkan oleh penganut Krisrtian.

Yahudi haram makan riba tetapi di kalangan mereka sesama Yahudi sahaja. Dengan yang bukan Yahudi di bolehkan memakan riba.

Jika segala syarat di patuhi, kita orang Islam boleh bernikah dengan orang Yahudi, tetapi bagi lelaki Islam dengan perempuan ahli Kitab sahaja. Perempuan Islam tidak mendapat keistemewaan ini.

No comments:

Post a Comment