Friday, December 25, 2015

comparative religions/perbandingan agama


CHRISTIAN

Perkataan “christian” diambil dari perkataan Inggeris “Christ”, yang berasal dari perkataan Greek ”Christos”. Ia diterjemahkan dari perkataan Ibrahi “Messiah”. Messiah atau al-Masih merupakan gelaran kepada Jesus (Nabi Isa).

Kristian percaya pada penyebab mengapa manusia dicipta. 

Tuhan telah mencipta malaikat terlebih dahulu. Kistian percaya bahawa satu pertiga daripada malaikat ini memberontak terhadap Tuhan yang di ketuai oleh malaikat bernama Lucifer (Satan).

Maka berlakulah peperangan di antara kumpulan Satan dengan kumpulan baik yang di pimpin oleh Mikail. Satan kalah dan telah di halau dari langit. Cerita ini boleh di rujuk dalam Bible kitab Revelation 5:11, 12:4, 12:7-9, dan kitab Isaiah 14:12.

Kristian percaya dengan akibat penderhakaan malaikat ini, Nabi Adam dicipta tetapi telah di hasut oleh Iblis menyebabakan Nabi Adam telah menderhaka kepada Tuhan dengan sebab memakan sebuah pohon larangan.

Adam dihukum sebagai orang yang berdosa yang turut ditanggung keseluruhan keturunannya sehingga ke hari kiamat. Kristian percaya Tuhan menyesal mencipta manusia, sepertimana kenyataan kitab Genesis 6:5-6.

Doktrin ketuhanan agama Kristian dikenali sebagai “Dogma of the Holy Trinity”. Ia merujuk kepercayaan bahawa Tuhan itu satu, namun wujud dalam tiga peribadi (Persons). Peribadi yang dimaksudkan itu ialah Bapa (Father), Anak (Son) dan Roh Kudus (Holy Spirit).

Agama Kristian memberi tumpuan kepada Jesus. Ia meliputi persoalan kelahiran (birth), kehidupan (life + teachings), penyaliban (crucifixion), kematian (death), serta kebangkitan semula (resurrection) Jesus dari “kematian”.

Keyakinan pengikut Kristian bahawa Jesus merupakan satu-satunya individu yang dapat menyelamatkan manusia dalam kehidupan di dunia dan akhirat. 

Ini berdasarkan dua ungkapan Bible iaitu Kitab John 3:16 serta Kitab Romans 10:9 yang bermaksud:- “Kerana begitu besar kasih Tuhan akan dunia ini, sehingga Ia telah mengurniakan Anak-Nya yang tunggal (Jesus), supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal”.

Sejarah Kristian mencatatkan Jesus dilantik sebagai anak Tuhan dan mula menjalankan misi dakwah ketika berumur sekitar 30 tahun, semasa pertemuan dengan sepupunya bernama Nabi Yahaya di sebuah tasik bernama Galilee dekat Negara Israel.

Menurut kitab Matthew 3:1-16 dan John 1:29-34 bahawa Nabi Yahya ditugaskan membaptiskan Bani Israel di sungai Jordan. Ia sebagai tanda mereka bertaubat dari melakukan dosa.

Apabila tamat upacara pembaptisan ke atas Jesus atau Nabi Isa ini maka cara tiba-tiba terbukalah pintu langit lalu turun seekor burung merpati serta terdengar suara dari langit yang berbunyi “Inilah Anak-Ku yang Kukasihi, kepada-Nyalah Aku berkenaan”.

Penganut Kristian mengaggap peristiwa ini sebagai titik permulaan Jesus dilantik secara rasmi sebagai anak Tuhan. Sebenarnya Jesus sama sekali tidak membawa akidah baharu.

Beliau berdakwah mengenai akidah tawhid yang diperjuangkan keseluruhan para Nabi terdahulu. Kenyataan bahawa kedatangan Jesus bukan untuk meniadakan hukum Taurat ada diperakukan di dalam Deuteronomy 5: 8-9, Matthew 5:17-18 , Matthew 19: 16-17, Matthew 21:18, Matthew 24:36, Mark 12: 29-32, Mark 12:34, John 5:37, John 14:28, dan John 17:3.

Jesus tidak disenangi oleh pendita Yahudi. Dari masa ke semasa Jesus menyampaikan pengajaran di temple Bani Israel.

Usaha ini mendapat sambutan masyarakat disebabakan Jesus bukan membawa agama baru tetapi hanya meneruskan pengajaran yang di bawa oleh Nabi Musa kepada Bani Israel. Keadaan ini menyebabkan para pendita Yahudi merasa tergugat, dan melemparkan fitnah kononnya Jesus mahu merampas kerajaan serta mengaku menjadi anak Tuhan.


Tomahan ini di percayai oleh pengikut-pengikutnya. Dalam peristiwa penyaliban ini penganut Kristian yakin setelah Jesus mati dikayu salib, beliau akan bangkit dari kematian pada hari ketiga lalu naik ke langit. Tidak menjadi satu keganjilan apabila pendita Yahudi merancang membunuh Nabi Isa, kerana banyak insiden sejarah telah mebuktikan bahawa orang Israel telah banyak membunuh nabi-nabi mereka.


Dengan kematian Jesus yang di anggap satu-satunya Anak Tunggak Tuhan di kayu salib, ia bagi menebus dosa warisan serta merapatkan kembali hubungan antara Tuhan dengan manusia. Konsep ini dinamakan sebagai Doktrin Penyaliban. Cerita ini boleh dirujuk ke kitab Colossians 1:20 dan kitab Philippians 2:8.


Penganut Kristian berpecah-pecah juga. Golongan Pauline atau dikenali dengan The Catholic Church mengamalkan konsep keterbukaan kepada semua bangsa serta tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada hukum Taurat tulin, mereka mengolah Taurat mengikut selera kedurjanaan manusia.

Maka ianya menjadi popular. Anggaran pengikutnya sekarang melebihi 1.5 billion dan penganut Gereja Roman Katholik ini berpust di Vatican, Rome di bawah pemimpin seorang Pope. Gereja Roman Katolik mempunyai Bible yang terdiri dari 73 buah kitab.

Gereja Roman Katolik menegaskan kepercayaan berasaskan kepada Bible dan Church Tradition. Ini bermakna tafsiran Bible dan perkara keagamaan hanya boleh dibuat oleh gereja sahaja, bukan idividu.

Golongan kedua terbesar ialah Gereja Protestant dengan pengikut seramai 375 juta orang. Kristian Gereja Protestant menerima pakai Bible yang mempunyai himpunan 66 kitab, iaitu 39 daripadanya dikenali sebagai kitab Old Testament.

Manakala 27 buah yang lain di kenali sebagai New Testament. Old Testament mengandungi undang-undang Nabi Musa, kisah-kisah sejarah, puisi dan bab ramalan-ramalan mengenai perkara akan datang. 

Gereja Protestant menegaskan kefahaman Bible berdasarkan tafsiran individu, menyebabkan ianya berpecah kepada beratus-ratus aliran, seperti Lutheran, Presbyterian, Methodist, Baptist, dan Anglikan.

New Testament Gereja Protestant ini mengandungi kisah kehidupan Nabi Isa yang ditulis oleh tokoh agama setelah berpuluh tahun kewafatan Nabi Isa. 

Daripada 27 kitab Perjanjian Baru, 14 daripadanya dikatakan ditulis semula oleh St Paul of Tarsus. Ianya pada awalnya ditulis untuk sidang Gereja untuk keseragaman tafsiran. 

Namun akhirnya ia dinaikkan taraf menjadi “canon” yang bermaksud suci serta berautoriti sebagai wahyu. Ia tidak ada hierarki seperti Gereja Roman Katolik tetapi mengwujudkan The World Council of Churches.

Aliran ketiga terbesar ialah Eastern Orthodox Church dengan 170 juta penganut, di damping ada beratus-ratus aliran kerdil lain.

Salah satunya ialah kumpulan pengikut asal Jesus yang diketuai oleh St. James serta St. Peter yang berpusat di Jerusalem. Jika anggap penduduk Kristian di Israel adalah kesemuanya pengikut kumpulan ini, maka bilangannya lebih kurang satu ratus ribu orang sahaja. Orang Kristian di Israel kebanyakannya bertutur dalam Bahasa Arab.

Nabi Isa berpegang teguh kepada hukum Taurat yang di bawa oleh Nabi Musa. Namun penganut Kristian dewasa ini tidak lagi berpegang kuat kepada arahan Nabi Isa ini.

Sebaliknya mereka lebih mengikuti ajaran St. Paul sepertimana tercatat di dalam kitab Galatians 3:25 yang menetapkan apabila seseorang itu beriman kepada Nabi Isa, maka hukum Taurat tidak diperlukan lagi. 

St Paul dalam kitab Ephesians 2:15 menegaskan bahawa Nabi Isa membatalkan keseluruhan printah serta ketentuan Taurat menerusi kematiannya.

Seperti contoh, Taurat mengharamkan penganutnya memakan babi. Kristian bersetuju pengharaman ini sepertimana tercatat di dalam Kitab Leviticus 11:7 bahawa khinzir termasuk kategori makanan yang diharamkan Tuhan. 

Walau bagaimanapun, St. Paul di dalam kitab Timothy 4:3-4 mengharuskan apa jua makanan yang diharamkan hukum Taurat jika diterima dengan ucapan syukur kerana menganggap semua yang diciptakan Tuhan itu boleh di makan.

Islam dan Yahudi mengamalkan berkhatan, tetapi Kristian tidak lagi mempraktikkannya. Ini disebabkan kenyataan St Paul of Tarsus dalam kitab Romans 2:29 membatalkan syariat berkhatan secara zahir lalu menggantikannya dengan berkhatan dari sudut hati, secara rohani bukan secara hurufiah.

Yahudi dan Kristian percaya hari akhirat manusia yang akan dibangkitkan oleh Tuhan nanti hanya rohnya sahaja, tidak bersama-sama dengan jasadnya. Penduduk surga tidak makan, tidak minum dan tidak kahwin. Kitab Kristian di Israel menggunakan perkataan “Allah” sebagai rujukan kepada Tuhan mereka.


Kitab Injil sepertimana Kitab Taurat, telah di ubah-ubah dan perkara ini di firmankan Allah dalan surah al-Maidah ayat 14 yang bermaksud: 

“Dan dari orang-orang yang mengatakan bahawa mereka orang Nasrani, Kami ambil perjanjian dari mereka , tetapi mereka melupakan sebahagian apa yang telah diperingatkan kepada mereka, kerana itu kami timbulkan permusuhan antara mereka sampai hari kiamat. Dan Tuhan akan. Memberikan kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan”.

Berdasarkan penjelasan di atas, agama Nasrani atau sekarang ini lebih di kenali sebagai Kristian dan agama Yahudi telah menyimpang jauh dari apa yang di dakwahkan oleh Nabi Isa. Ianya telah bayak di ubahsuai oleh tangan-tangan manusia.

No comments:

Post a Comment