comparative religions/perbandingan agama
KITAB ZABUR UNTUK YAHUDI
Kitab Zabur telah diturunkan kepada Nabi Daud untuk kaum Bani Israel, dan di dalam Al-Quran perkara Kitab Zabur ini disebut sebanyak 3 kali sahaja.
Kitab Zabur merupakan koleksi puisi kerohnian, pujian-pujian, kesyukuran dan pensucian terhadap Allah. Ia mengandungi 150 bab dan di dalamnya tidak ada hukum-hukum tentang halal atau haram.
Nabi Daud kerap mendendangkannya dengan kemerduan suaranya. Adalah tidak menjadi satu keganjilan Kitab daripada Allah dalam bentuk sajak atau lagu ini. Allah maha mengetahui tabiat manusia yang memang gemar mendengar lagu dan cerita.
Al-Quran sendiri sungguh banyak penyampainya di buat dengan cara bercerita, akan tetapi di dalamnya mempunyai hukum, tauladan dan juga berita sebenar.
Kitab Taurat sediada banyak telah di pinda oleh tangan-tangan manusia.
No comments:
Post a Comment