Sunday, December 27, 2015

SENTUHAN BATAL WUDUK

Di antara perkara yang membatalkan wuduk ialah sentuhan lelaki dan perempuan yang boleh bernikah sesama mereka.


Ada ulamak menyatkan bahawa jika salah seorang itu masih kanak-kanak lagi (tidak di sebut berapa umur, mungkin belum sampai umur baliqh) maka tidak terbatal wuduk yang dewasa itu.

Terbatal wuduk jika sentuhan kulit lelaki sama kulit perempuan yang tidak haram di nikahi. Tetapi sentuhan kulit lelaki Islam dengan kulit lelaki bukan Islam tidak membatalkan wuduk. Begitu juga perempuan Islam dengan perempuan kafir, tidak batal.

Wuduk tidak batal jika sentuhan lelaki dengan  perempuan melibatkan: 
(1) kulit dengan gigi 
(2) gigi dengan gigi 
(3) kulit dengan rambut 
(4) rambut dengan rambut 
(5) kulit dengan kulit tetapi berlapek kain etc.

Sekarang ini ada Mat Lembut (ML) atau pondan. Mereka berkawan dengan perempuan sekelas atau sepejabat. Sudah menjadi kebiasaan mereka berpimpin tangan dan sebagainya. Mereka terlupa bahawa ML ini tetap lelaki dan jika tersentuh kulit sama kulit dengan perempuan yang boleh di nikahinya maka wuduk kedua orang tersebut terbatal.

Sentuhan bukit buntut atau punggung kita sendiri tidak membatalkan wuduk. Yang membatalkan wuduk jika tapak tangan kita (repeat: tapak tangan bukan belakang tangan) terkena lubang tempat keluar najis tu baharulah terbatal.

Begitu juga bagi lelaki jika penggang “batang paip” tidak batal. Batal jika peggang “kepala paip”. Harap pembaca faham maksud kami ini ya!


Kalau kita terpegang “kepala paip” manusia tetepi telah terputus dari badan manusia berkenaan (ada kes isteri potong kemaluan suaminya dan campak keluar tingkap!), ada ulamak mengatakan jika kita pegang “kepala paip” yang terputus itu maka ianya tidak membatalkan wuduk.

Sekarang ini ada pandangan bahawa sentuhan suami dengan isteri tidak membatalkan wuduk. Hukum ini ada alasan yang kukuh.


No comments:

Post a Comment