Thursday, December 31, 2015

SOLAT DUDUK


Bagi mereka yang sihat dan tidak ada apa-apa kecacatan anggota atau tiada keuzuran di sebabkan sakit, adalah wajib bersolat berdiri bagi solat fardu. 

Jika yang sihat itu bersolat secara duduk menunaikan solat fardu maka solatnya terbatal dan tidak sah.


Walau bagaimanapun mereka yang sihat itu boleh (tetapi tidak di galakkan) menunaikan solat sunat secara duduk. Tetapi mereka akan kehilangan dua kebaikkaan.

Pertama pahala bagi mereka yang sihat tetapi menunaikan solat sunat secara duduk, maka pahala yang di perolehi hanya sebahagian daripada sekiranya bersolat berdiri.

Kerugian kedua, mereka tidak dapat munafaat bersolat secara berdiri. 

Perbuatan-perbuatan dalam solat ada munafaatnya. Apabila kita hendak mulakan solat, kita hendaklah berdiri betul dengan renggan kedua belah kaki.  Dalam kedudukan sebegini segala otot-otot badan kita akan dalam keadaan stabil.


No comments:

Post a Comment