Wednesday, December 30, 2015

ORANG YAHUDI DI MALAYSIA




Orang Yahudi yang pertama tiba ke Tanah Melayu ialah dikalangan askar yang menakluki Melaka pada tahun 1511. 

Ada dari kalangan mereka berkahwin dengan perempuan Melayu dan Portugis, seakan integrasi kaum. 

Selepas itu berlaku lagi gelombang kedatangan orang Yahudi ke Tanah Melayu pada tahun 1805 tetapi ke negeri Pulau Pinang. Seorang pedagang Yahudi yang bernama Ezekiel Menasseh dari puak Yahudi Iraq telah berlayar dari Baghdad ke Pulau Pinang untuk mencari penghidupan baru. 

Selepas perang dunia pertama komuniti Yahudi di Penang telah bertambah dengan ketara sehingga hari kebesaran mereka hari ‘Kashrut’ diisytiharkan sebagai cuti umum oleh pihak British bagi negeri-negeri selat.

Ramai di antara orang Yahudi ini berniaga membuka kedai runcit dan kedai kasut.Tetapi jumlah mereka berkurangan selepas penubuhan negara Israel pada tahun 1948 dimana ramai diantara mereka berhijrah ke negara tanah rampasan Arab Palestin itu. 

Bagi mereka yang tinggal menetap di Penang berkahwin campur dengan orang Melayu, hidup seperti bukan kaum Yahudi lagi. 

Mereka telah ‘meminjam’ rupa paras benggali putih,India Muslim atau Arab untuk terus hidup di sini dan mereka bersikap baik, tidak seperti kaum Yahudi Eropah yang bersifat zalim pada rakyat Palestin dan Arab amnya. 

Sesiapa orang Penang pasti tahu nama sebatang jalan besar disini iaitu Jalan Zainal Abidin di mana nama asal jalan tersebut ialah Jalan Jahudi (“J” is pronounced as “Y”) di Georgetown. Along the road, di antara Burma Road dan McAllister Road ada kawasan perkuburan orang Yahudi.



No comments:

Post a Comment