Apa beza di antara mengantuk, terlelap dan tidur?
Mengantuk berlaku apabila fungsi indera seseorang berkurangan, di mana dia mendengar perkataan orang disekitarnya namun tidak mengikuti sepenuhnya makna ayat-ayat berkenaan, maka keadaan seperti ini dinamakan mengantuk.
Perasaan mengantuk menjadi semakin teruk sehingga menyebabkan seseorang itu tersengguk-sengguk kepalanya ke depan atau ke belakang, kelakuan ini di anggap sebagai terlelap.
Tidur pula berlaku apabila ianya melepasi paras mengantuk/terlelap, seseorang itu berasa sangat selesa (kadangkala dengan mulut ternganga serta muziknya boleh kedengaran) melamun di alam mimpi.
Tidur yang nyenyak sehingga seseorang itu tidak terganggu oleh bunyi bising di sekelilingnya, tidak terasa sesuatu jika sesuatu jatuh dari tangannya atau jika ada air liur keluar dari mulutnya.
Mengantuk dan terlelap tidak perlu mengulangi pengambilan wuduk. Ini berasakan kepada hadis berikut: Daripada Anas, dia berkata: Suatu ketika para sahabat Rasullah shallallahu’alaihiwasallam menunggu solat Isyak sehingga tersebgguk-sengguk kepala mereka kerana Nabi shallallahu’alaihiwasallam melewatkannya. Setelah baginda bersiap untuk menunaikan solat, mereka bangun tanpa memperbaharui wuduk.
Ada satu lagi hadis yang menyokong tersengguk-sengguk tidak perlu memperbaharui wuduk. Iaitu daripada Ibnu ‘Abbas, dia berkata: Aku bermalam di rumah ibu saudaraku Maimunah (isteri Nabi). Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bangun untuk menunaikan solat malam. Lalu aku bangun berdiri di sebelah kirinya. Kemudian baginda menarik tanganku hingga menjadikan aku berada di sebelah kanannya. Setiap kali kepalaku tersenggukkerana mengantuk, baginda akan menarik telingaku. Dia (‘Ibnu ‘Abbas) berkata: Baginda melakukan solat itu sebanyak 11 rakaat. (‘Ibnu ‘Abbas tidak memperbaharui wuduknya).
Tetapi kalau tidur, bagaimana batal ke?
Ya, ada satu dalil bagi wajibkannya berwuduk apabila tidur. Ini adalah berdasarkan hadis Shofwan bin Ghassal radhiallahu 'anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan bila sedang berada dalam perjalanan supaya kami tidak membuka kasut selama tiga hari hingga malam kecuali bila junub, tetapi agar membukanya apabila buang air besar atau kecil dan jika tidur.
Hadis ini membuktikan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengkategorikan tidur bersama-sama dengan buang air besar atau kecil yang turut membatalkan wuduk.
Ada banyak pandangan mengenai tidur ini. Di antaranya:-
(1) Tidur sama sekali tidak membatalkan wuduk. Pendapat ini dipegang oleh sekelompok sahabat seperti Ibnu ‘Umar, Abu Musa al-Asy’ari dan Sa’id bin Musayyab.
(2) Tidur samada sekejap mahupun lama secara mutlak membatalkan wuduk. Ini merupakan pandangan Abu Hurairah, Abu Rafi’, ‘Urwah bin Zubair, Atha’, al-Hassan al-Bashri, Ibnul al-Musayyib, Zuhri, al-Muzani, Ibnu Hazm, Abu Ubaid dan Ishaq bin Rahawaih.
(2) Tidur samada sekejap mahupun lama secara mutlak membatalkan wuduk. Ini merupakan pandangan Abu Hurairah, Abu Rafi’, ‘Urwah bin Zubair, Atha’, al-Hassan al-Bashri, Ibnul al-Musayyib, Zuhri, al-Muzani, Ibnu Hazm, Abu Ubaid dan Ishaq bin Rahawaih.
(3) Hanya tidur yang lama membatalkan wuduk. Ini merupakan pendapat Imam Malik.
(4) tidur yang hanya membatalkan wuduk adalah tidur ketika dalam posisi baring atau bersandar kepada sesuatu. Tidur dalam posisi lain seperti duduk, rukuk, sujud atau berdiri maka wuduknya tidak batal baik dia tidur di luar solat atau ketika bersolat. Ini merupakan pandangan Hamad, Sufyan al-Thawri, Imam Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya, Imam Daud dan Imam al-Syafi’i.
(4) tidur yang hanya membatalkan wuduk adalah tidur ketika dalam posisi baring atau bersandar kepada sesuatu. Tidur dalam posisi lain seperti duduk, rukuk, sujud atau berdiri maka wuduknya tidak batal baik dia tidur di luar solat atau ketika bersolat. Ini merupakan pandangan Hamad, Sufyan al-Thawri, Imam Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya, Imam Daud dan Imam al-Syafi’i.
(5) Tidur ketika berada dalam solat sama sekali tidak membatalkan wuduk. Tidur di luar solat membatalkan wuduk. Pendapat ini juga dikatakan pendapat Imam Abu Hanifah.
(6) pabila seseorang itu tidur di dalam keadaan punggungnya rata kepada lantai maka ianya tidak membatalkan solat baik tidurnya itu ketika dalam solat mahupun di luar solat atau tidur yang lama mahupun seketika sahaja. Ini merupakan pandangan mazhab Imam al-Syafi’i.
Posisi tidur terlentang (baring) tidak sama dengan orang yang tidur dalam keadaan duduk. Ini adalah kerana tidur dengan posisi terlentang akan terasa lebih nyenyak, sehingga akalnya akan terasa lebih tidak berfungsi jika dibandingkan dengan orang yang tidur dalam keadaan duduk.
Apabila dia telah tergeser/beralih/terjungkit/terangkat dari posisi duduk tegak semasa tidur, maka dia wajib megulangi wuduknya, kerana orang yang tidur dalam keadaan duduk itu menekan dirinya (bahagian punggungnya) pada lantai dan hampir tidak terkeluar sesuatu (kentut) kecuali dia akan menyedarinya. Yang mewajibkan seseorang berwuduk kembali kerana tidur ialah hilangnya fungsi akal, baik tidur ringan mahupun tidur nyenyak.
Nampaknya terbatal wuduk dan perlu mengulangi mengambilnya semula tiada kena mengena secara direct dengan kentut, tetapi berkaitan dengan fungsi akal.
Ya betul. bahawa tidur yang membatalkan wuduk adalah tidur nyenyak sehingga menghilangkan kawalan seseorang terhadap pancainderanya dalam apa jua posisi samada duduk, baring, meniarap, sujud, rukuk, berdiri dan lain-lain. Namun perasaan mengantuk sehinggakan kepalanya tersengguk-sengguk yang mana seseorang itu tidak hilang kawalan pancainderanya secara total dalam apa jua posisi dia berada samada duduk, baring, meniarap, sujud, rukuk, berdiri dan lain-lain tetap tidak membatalkan wuduk.
Ayat “...hilang kawalan pancainderanya secara total.....” adalah agak abstract dan sukar dipastikan. Ia boleh membuat seseorang itu berada dalam keraguan samada tidurnya itu membatalkan wuduk atau tidak.
Menurut pendapat Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah dalam Majmu al-Fatawa yang lebih zahir sebagai hukumnya adalah tidak batal, sebab kesuciannya telah kukuh dengan keyakinan sehingga tidak dapat dihilangkan dengan keraguan.
Wallahu A’lam.
Wallahu A’lam.
No comments:
Post a Comment