Memandikan, mengkafan, menyembahyangkan dan mengkebumikan jenazah orang Islam adalah wajib.
Setelah selesai menyembahyangkan jenazah, kita akan mengkebumikannya pula.
1. Membawa mayat ke kubur
* segera membawa jenazah ke kubur;
* dipikul dengan pengusung empat penjuru untuk terus ke tempat perkuburan atau menaikki kenderan van mayat;
* orang yang mengiringi jenazah berjalan di hadapan.
2. Kubur
* kubur biasanya di Malaysia ialah enam kaki dalam agar menghindar terhidu bau busuk dan korekan binatang buas;
* Jika tanah perkuburan keras, "liang lahad" adalah lebih baik. Liang lahad adalah dikorek ke hala kiblat seluas badan mayat;
* "Liang kembal budi" pula diperbuat satu lubang kecil ditengah seluas badan mayat di sebelah bawah kubur.
3. Memasukkan mayat ke dalam kubur
* memasukkan mayat dengan menghulurkan kepalanya ke dalam dengan di sambut oleh tiga orang yang menanti di dalamnya.
* kemudian dibaringkan di atas lambung kanan mengadap ke kiblat.
* ditutup liang itu dengan papan
* kemudian dikambus.
Nota: Sunat diberi takziah kepada waris si mati sebelum dikebumikan atau selepas di dalam masa 3 hari dengan nasihat supaya banyak bersabar.
No comments:
Post a Comment