Wednesday, January 20, 2016

KUBUR

Manusi pertama di kebumikan secara di tanam dalam tanah ialah anak Nabi Adam bernama Habil oleh abangnya bernama Qabil. Ia di buat setelah melihat contoh burung gagak melakukannya.


Lubang kubur tidak perlu besar sangat hanya sekadar panjang dan lebar sedikit kepada saiz mayat sudah mencukupi dan tidak menyukarkan apabila hendak membaringkan mayat itu nanti apabila di kebumikannya. 

Dalamnya sekadar tidak terkeluar bau dan tidak mampu di gali oleh binatang buas seperti anjing. 

Di Malaysia kebanyakkan kubur dalamnya lebih kurang enam kaki sahaja. 

Muka jenazah orang Islam adalah wajib menghadapkannya ke arah kiblat.

Membina sesuatu di atas kubur seperti membuat tembuk daripada batu marmar, hukumnya makruh jika tanah kubur itu miliknya. 

Tetapi jika tanah itu bukan miliknya seperti tanah wakaf atau kubur awam, maka hukumnya adalah haram.


Walau bagaimanapun meletak batu nisan dengan tertulis nama jenazah di bolehkan. Ianya akan memudahkan warisnya untuk menziarah kubur tersebut nanti serta menghalang mayat lain di tanam di tempat yang sama.


Mengkebumikan mayat selain daripada tempat kematiannya adalah haram. Kecuali jika hendak ditanam di Mekah atau di Madinah.

No comments:

Post a Comment