Saturday, January 2, 2016

KEWUJUDAN BUMI


Dulu dunia, langit, manusia,matahari termasuk bulan tidak wujud lagi, alam ini gelap gelita. Tetapi Allah telah sedia wujud. 

Di percayai, alam bermula dengan Big Bang atau satu letupan besar yang berlaku pada masa sangat-sangat lama dahulu. Masa tu Nabi Adam pun belum ada lagi. 

Daripada letupan besar ini lahirkan beberapa jenis gas, dan kemudian grumbulan-grumbulan gas-gas ini menjadi asap. 

Daripada asap tebal ini menjadi bintang, matahari, langit, dan dunia.

Lepas itu Allah jadikan tanaman, haiwan dan manusia. Cerita ini semua ada di sebut dalam al-Quran secara terus atau kiasan.

Gumpulan asap ini mengandungi gas hydrogen dan helium. 

Selepas jutaan tahun, menjadi semakin padat dan melahirkan bintang dan galaksi. 

Bintang-bintang adalah objek besar di kosmos dan bilangannya lebih daripada 70 sextilion iaitu angka 7 dengan 22 kosong di belakangnya. 

Ada bintang sebesar 15 kali ganda daripada matahari, dan matahari pula 109 kali lebih besar daripada bumi. 

Maka ada bintang sebesar 1700 kali saiz bumi. 

Tetapi kerana jarak bintang-bintang ini terlalu jauh dari bumi, kita nampak bintang-bintang ini kerdil sahaja. 

Bintang bernama Proxima Centauri yang paling dekat dengan matahari iaitu pada jarak 40 trilion kilometer.

Dalam al-Quran ada terdapat 13 ayat menceritakan mengenai bintang-bintang. 

Antara faedah yang manusia perolehi daripada bintang-bintang adalah ia menjadi penunjuk jalan terutama kepada para pemgambara. 

Ini bermakna kedudukan bintang-bintang ini tidak terletak sembrono sahaja tanpa tentu hala, lokasinya telah di tetapkan oleh Allah dari awal-awal lagi. Sungguh telitinya Kerajaan Allah ini.

Semasa lendakan supernova berlaku di mana bintang-bintang mengalami letupan yang dahsyat. Saki baki daripada bintang-bintang ini akan jatuh ke dalam Black Hole, yang di anggap satu objek yang sangat digeruni. 

Apa sahaja yang masuk ke dalam Black Hole tidak akan terlepas. 

Black Hole sangat berat iaitu hampir 10 billion berat matahari, dan ianya dianggap antara objek yang paling berat di kosmos. 

Ia juga sangat jauh daripada bumi, iaiti 12.5 billion light years. Satu light year menyamai 9.46 trilion kilometres. 

Ini adalah jarak yang dilalui cahaya dalam masa setahun dengan kelajuan 299,792 kilometer sesaat. Tak tahulah bagaimana nak gambarkan! Ini semua kuasa Allah.

Tugas utama Black Hole ini adalah tempat perkuburan bintang-bintang yang telah tamat usianya. 

Tetapi penemuan terbaharu, di dapati Black Hole adalah juga tempat kelahiran bintang-bintang. 

Saintis mendapati kuasa magnet di sekeliling Black Hole mampu menggerakkkan elektron kepada kelajuan menghampiri kelajuan cahaya. 

Elektron-ekektron ini akhirnya terpancar keluar daripada Black Hole dan bertembung dengan gas-gas tebal yang mengandungi hydrogen. Pada saat itu berlaku proses tertentu yang melahirkan bintang-bintang.

Bintang-bintang di langit mempunyai jangka hayatnya. 

Bagi bintang yang beratnya berganda-ganda matahari, kehancurannya berlaku dalam lendakan supernova. 

Bagi kebanyakkan bintang yang beratnya tidak melebihi 2 kali ganda matahari, hayatnya berakhir dengan ia bertukar menjadi gumpalan gas berbentuk asap yang di panggil planetary nebula. 

Kestabilan bintang dan sinaran cahaya yang keluar daripadanya bergantung kepada tenaga yang terhasil melalui nuclear fusion reactions yang menjadikan hydrogen bertukar menjadi helium di dalam core bintang itu. 

Selepas berbillion tahun, bintang menjadi tidak stabil kerana kehabisan hydrogen dan nuclear fusion reactions akan terhenti. 

Keadaan ini akan menyebabakan bahagian dalam bintang mengucup dan menghasilkan suhu yang tinggi meningkat dari 15,000 juta Celsius kepada 100,000 juta Celsius. 

Pada masa itu helium bercantum bagi menghasilkan karbon dan oksigen. Akhirnya, bahagian luar bintang bertukar menjadi gumpulan gas berbentuk asap dan terus berpisah dari bahagian dalamnya. 

Dengan lahirnya gumpulan gas berbentuk asap ini tamatlah riwayat hidup sebiji bintang.


Matahari adalah sejenis bintang juga. 

Kejadiannnya berlaku kira-kira 5 bilion tahun yang lalu. Matahari adalah 109 kali ganda saiz bumi dan mengandunhi 74% hydrogen dan 25% helium, berada ditengah-tengah sistem suria. 

Jarak anatara matahari dan bumi adalah 150 juta kilometre. Surah al-Furqan ayat 61 ada menyatakan matahari disebut sebagai objek yang mengeluarkan cahaya dan bulan bersinar kesan daripada cahaya matahari itu. 

Matahari adalah sebuah bintang sedangkan bulan adalah satelit. Kedua-duanya bergerak sendiri dalam bulatan di angkasa. 

Matahari mengambil masa 25 hari bagi melengkapkan satu putaran dengan kelajuan 220km/saat. 

Surah al-Anbiyak ayat 33 menyatakan bumi dan manatahari berputar dan tidak pegun (motionless). Bulan berputar dan mengambil masa 29 hari bagi menyempurnakan satu pusingan. 

Bulan tidak mengeluarkan cahaya sendiri sebaliknya ia memantulkan cahaya matahari yang menimpanaya.

Kejadian bumi bermula 4.5 bilion tahun yang lalu. Selepas matahari terbentuk darpada gas solar nebula , gas-gas yang mempunyai unsur-unsur bukan hydrogen (non–hydrogen elements) terhasil dan bercantum dari masa ke semasa sehingga menjadi semakin besar dan akhirnya bertukar menjadi planet. 

Proses ini dikenali sebagai accretion. Salah satu planet yang terhasil adalah bumi.


No comments:

Post a Comment