Roh yang keluar dari tubuh kita semasa kita mula mati di rumah atau di hospital, akan dibawa ke langit, kemudian di bawa kembali ke kubur semasa perkebumian.
Dalam keadaan biasa jangkamasa di antara nyawa kita di cabut oleh malaikat hingga kita di kebumukan adalah lebih kurang setengah hari atau 5 hingga 10 jam. Hanya VIP sahaja berhari-hari jarak masa ini.

Setiba roh di kubur, ianya akan berada bersama-sama dengan jasad mayat. Saudara mara masih berada melihat upacara perkebumian ini.
Apabila saudara mara meninggalkan kawasan kubur, malaikat akan mula menyoal kita tentang Tuhan kita, Nabi kita dan kitab kita. Jika kita salah jawapan kepada persoalan tersebut, kita akan di balun oleh malaikat pada masa itu juga.

Ada pendapat menyatakan bahawa yang kena seksa ialah badan atau jasad kita sahaja. Roh tidak tergugat. Pendapat ini tidak di persetujui oleh ramai ulamak.
Dan yang lain pula ada berkata yang kena seksa ialah roh semata-mata dan badan relax sahaja. Pendapat ini juga di tolak oleh sebab mengapa perlu roh kembali ke kubur jika sekiranya badan tidak di usik. Baik balun roh semasa di langit lagi.
Pendapat kebanyakkan ulamak dan boleh di terimapakai ialah bahawa siksa dan nikmat berlaku ke atas roh dan badan sekaligus semasa kita di soal dalam kubur nanti. Seterusnya roh akan kekal merasakan nikmat atau seksaan sesudah berpisah dari badan yang reput di makan ulat etc.
Walau bagaimanapun kitab ini tidak menyatakan di mana tempat roh ini sekarang setelah mayat kita reput. Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Dalam kitab ini mencatatkan bahawa apabila tiba sahaja kiamat nanti, maka roh itu akan turun dan dikembalikan kepada jasad dan akan bangun dari kubur masing-masing untuk menghadapi Allah.
Walau bagaimanapun sekali sekala roh ini akan turun ke kubur apabila ada yang menziarahinya, kemudia naik semula. Fasal itu kita di galakkan supaya memberi salam semasa menziarahi makam Rasulullah dan juga apabila melintasi kawasan kubur di mana-mana tempat.

Cerita bangkit semula pada hari kiamat ini di kongsi kepercayaan juga oleh agama Yahudi dan Kristian.
Seksaan di dalam kubur memang ada berlaku. Rasulullah pernah melalui kubur dan berkata kepada sahabat-sahabatnya bahawa dua kubur penghuninya sedang di seksa oleh malaikat.
Kesalahan mereka kecil sahaja iaitu (1) tidak membersihkan atau bersuci daripada kencing, dan yang satu lagi (2) suka mencaci orang. Kemudian Rasulullah mencacakkan ranting yang hijau di atas kubur-kubur tersebut.
Elok kita menanam pokok di atas pusara agar ianya boleh berdoa untuk kesejahteraan mereka di dalam kubur. Bukan membina tembok dan batu nisan yang canggih.
No comments:
Post a Comment