Wednesday, January 20, 2016

SOLAT JENAZAH

Salah satu tujuan solat jenazah adalah untuk menghormati si mati. Hukum menguruskan mayat dari mandi hingga di kebumikan adalah fardu kifayah.

1. Syarat Solat Jenazah

*   mayat orang Islam

*   telah dimandikan dan dibersihkan daripada najis

*   diletakkan di sebelah kiblat, dan di hadapan orang yang solat

*   matinya tidak kerana perang Sabilillah.

2. Rukun Solat Jenazah (secara ringkas)

*   Lafaz Niat : "Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini fardu kifayah kerana Allah Ta'ala".

*   berdiri bagi orang yang berupaya, tidak ada rukuk atau pun sujud atau duduk.

*   empat takbir termasuk takbiratulihram, dan sunat mengangkat tangan semasa takbir

*   membaca surah Fatihah, dan sunat memperlahan semua bacaan dalam keseluruhan solat jenazah

*   membaca selawat Ibrahimiah sebagaimana bacaan dalam tahiyat akhir atau sekurangnya selawat ke atas Nabi SAW sudah memadai.

*    membaca doa ke atas mayat : LELAKI "Allahummargh firlahu warhamhu; jika PEREMPUAN perlu ganti "warhamhu" kepada "warhamha".


*  mengucap salam. 



3. Perkara Berkaitan

*   mayat lelaki, imam berdiri setentang dengan kepala mayat;


* mayat perempuan, imam berdiri bertetangan dengan punggung mayat 

* mayat yang didalam keranda, apabila hendak disembahyangkan hendaklah dibuka penutup keranda tersebut,

*   membuat 3 saf atau jika ramai buat saf dengan bilangan ganjil.

* bilangan jemaah 40 orang atau ramai lagi adalah lebih baik. 

# ada pendapat ulama, tidak perlu ada wuduk jika hendak solat jenazah

No comments:

Post a Comment