Raihana Abdul Wahab (2010). Pengarang kertas "Konsep Astronomi Dari Perspektif al-Quran". Felo Pengajian Islam UM.
Dibantu oleh Ishak Sulaiman (Prof Madya Pengajian Islam UM) dan Mohd Zamri Zainuddin (Prof Fizik UM)
Matahari dalam al-Quran disebut syams dan siraj.
Bulan (moon) pula al-qamar, al-hilal dan al-shahr.
Bintang dipanggil al-buruj, al-nujum, al-kawkab, al-khunnas, al-masobih dan al-syi'ra.
KEKERAPAN KALIMAH
Matahari mengunakan kalimah syams sebanyak 33 kali dan siraj pula 4 kali.

Bulan (moon) pula al-qamar 27 kali dan al-hilal 1 kali. Kalimah al-shahr digunapakai tetapi tidak merujuk kepada bulan (moon) yang hakiki. Ia merujuk kepada waktu atau perhitungan waktu bulan (month) dalam tahun sahaja.
Untuk Bintang, al-buruj (x3), al-nujum (x13), al-kawkab (x5), al-khunnas (td), al-masabih (bersinar seperti lampu), dan al-syira (td).
GERAKAN PUTARAN
Matahari dan bulan (moon) bergerak atas sistem mereka tersendiri yang telah ditentukan kadar ketetapannya oleh Allah tanpa bantuan makhluk lain.
Bulan (moon) mengelilingi bumi dan pada masa yang sama, ia juga berputar pada paksinya. Semasa putaran bulan (moon) mengelilingi bumi, ia memantulkan cahaya matahari yang diterima. Pemantulan ini berlaku secara berperingkat-peringkat, daripada bentuk sabit hingga penuh, kemudian bertukar sebaliknya.
PERKIRAAN HARI
Dengan perkiraan melalui bulan (moon) ini akan terdapat 29.5 hari dalam sebulan (month), bersamaan 354 hari dalam setahun. Perkataan bulan (moon) disinonimkan dengan kalimah syahr yang merujuk kepada perhitungan masa iaitu bulan (month) dan tahun.
Menurut perkiraan matahari pula, terdapat 30.5 hari dalam sebulan (month) dan 365 hari dalam setahun.
SUMBER CAHAYA
MATAHARI megalami perlakuran nuklear dalam terasnya dan mempunyai sifat siraj (pelita), wahhaj (lampu yang menjulang-julang) dan diya (bersinar). Siraj juga menunjukan sifatnya mengeluarkan cahaya sendiri.
Matahari mengalami proses perlakuran nuklear di dalam terasnya, yang dikenali sebagai P-P Chain i.e. rantaian proton-proton. Proses ini menukarkan hidrogen kepada helium menjana tenaga untuk matahari.
BULAN (moon) tidak mengeluarkan cahayanya sendiri sebab ia merupakan objek lengai (inert body) yang memantulkan cahaya matahari. Objek lengai adalah objek yang tidak aktif, iaitu tidak berlakunya perlakuran nuklear di dalam terasnya.
Komposisi bulan (moon) adalah terdiri daripada batuan (eg kalsium, silicon dan aluminum) dan bukannya gas seperti matahari yang terdiri daripada helium dan hidrogen.
BINTANG mempunyai sifat bersinar kerana jasad samawinya yang mengeluarkan cahaya dan haba sendiri. Ini berlaku disebabkan bintang melakukan proses pelakuran nuklear di terasnya.
Bintang juga disinonim dengan kalimah masobih dan kawkab merujuk kepada sifat bintang yang bercahaya serta menjadi perhiasan langit.
APLIKASI
Peredaran jasad-jasa samawi ini (matahari, bulan, bintang) membolekhan perhitungan waktu pada manusia. Terbit dan terbenamnya matahari menentukan jam, hari, bulan dan tahun. Bulan (moon) penentu kalendar (taqwim) Islam. Pegerakan bintang bagi mengukur masa samada panjang atau pendek.
KALENDAR HIJRI (kalendar Qamari / Lunar calendar) bagi umat Islam menggunakan perhitungan perjalanan bulan (moon) mengelilingi bumi. Mempunyai 12 bulan (month) dengan bilangan hari 29 atau 30 sebulan. Maka setahun akan ada 354.5 hari. Penentuan awal bulan (month) adalah dengan melihat kenampakan pertama anak bulan (moon).
KALENDAR SURIA (Solar calendar) digunapakai oleh masyarakat barat termasuk kita di Malaysia. Ia berdasarkan perjalanan bumi mengelilingi matahari yang mengambil masa 365.5 hari dan sebulan ada 29, 30 atau 31 hari.
WAKTU SOLAT
Waktu solat ditentukan berdasarkan kepada pergerakan matahari. Waktu-waktunya dijelaskan dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah.
Hadith itu secara ringkasnya ialah "Malaikat Jibril datang mengajak Rasulullah solat semasa matahari telah condong/tergelincir (solat Zohor). Kemudian Jibril datang lagi semasa bayang-bayang sama panjang dengan sesuatu benda e.g tiang (solat Asar). Begitulah seterusnya mereka bersolat pada waktu matahari telah terbenam (solat Magrib), waktu telah hilang tanda merah di tempat matahari terbenam (solat Isyak) dan akhirnya semasa fajar mula terbit (solat Subuh).
ARAH KIBLAT
Arah kiblat pada amnya ialah arah ke Kaabah di Mekah yang di lakukan pada setiap solat. Terpesong satu darjah (one degree compass) dari Malaysia ini akan mengakibatkan pemesongan sejauh 125 km arah Kaabah itu.
Di antara kaedah menetukan arah kiblat menggunakan aplikasi astronomi ialah (i) matahari istiwa' di atas Kaabah, (ii) kaedah buruj, dan (iii) kaedah lintasan matahari (maaf kaedah ke 3 ini saya kurang faham penjelasannya maka tiada ulasan dibuat)
Matahari Istiwa ialah dimana matahari berada tegak di atas Kaabah. Fenomena ini berlaku 2 kali setahun iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai pada tahun biasa, dan pada 27 Mei dan 15 Julai dalam tahun lompat. Arah kiblat boleh disemak pada tarikh-tarikh tersebut pada jam 5.16 petang pada bulan Mei dan 5.28 petang pada bulan Julai.
Kaedah Buruj ialah dengan melihat kedudukan bintang Orion yang mempunyai 3 bintang sejajar iaitu mintaka, alnilam dan annitak bila diunjur ke arah barat menunjuk arah kiblat.

No comments:
Post a Comment