Friday, August 17, 2018

KOMUNIKASI PENDEKATAN ISLAM


Sumber: Nor Saleha Mohd Salleh (2011). Komunikasi Pendekatan Islam. Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Bentuk-bentuk komunikasi yang digalakkan dalam Islam:-
  • Selalu berdoa kepada Allah SWT;
  • Saling kenal mengenal antara satu sama lain sesama manusia;
  • Berbincang dan menghormati pandangan orang lain;
  • Memulakan pertemuan dan percakapan dengan ucapan salam.

Setiap amalan yang kita lakuan menjadi ibadat di sisi Allah SWT, apabila kita berniat kerana-Nya.


Dalam al-Quran beberapa contoh perkataan yang bermaksud sinonim dengan komunikasi seperti dalam surah-surah:
  • al-Nahl:98 perkataan "Qara'a" maksud Membaca;
  • al-Maaidah:67............."Baligh"............Sampaikan;
  • al-Nisa:138..................."Bashir".......... Khabarkan;
  • al-Ikhlas:1................. .."Qul"................Katakan;
  • Ali Imran: 104............"Dia'a"..............Menyeru;
  • al-Asr:3......................."Tawassa"........Berpesan;
  • al-Maidah:4................"Sa'ala" .......... Bertanya;
  • al-Maidah:108............"Sama'a"..........Bertanya.

Seperti yang kita ketahui ada berbagai bentuk komunikasi iaitu antaranya ialah:
  • Allah dengan para malaikat;
  • Allah dengan para Rasul ;
  • Malaikat dengan para Rasul; 
  • Para Rasul dengan manusia;
  • Sesama manusia

No comments:

Post a Comment