CARA PENULISAN AL-QURAN
- ZAMAN RASULULLAH (zaman kenabian: 610-632M) al-Quran sudah lengkap ditulis tetapi masih berserakan pada kepingan kulit, tulang, pelepah kruma dll.
- ZAMAN KHALIFAH ABU BAKAR (zaman khalifah : 632-634M) mengarahkan agar lembaran-lembaran ini dikumpulkan.
- Abu Bakar mengumpul al-Quran kerana bimbang ramai para penghafaz al-Quran mati syahid akan menyebabkan al-Quran terus hilang bersamanya.
- Pada 12H, Zaid bin Thabit telah diamanahkan mengetuai kumpulan mengumpulkan ayat-ayat al-Quran tersebut. Dibantu oleh Ali, Muawiyah, dan Ubay bin Ka'ab.
- Apabila Khalifah Umar al-Khattab (zaman khalifah 634-644M) meninggal, mushaf Abu Bakar itu telah disimpan oleh Habsah.
- ZAMAN KHALIFAH USMAN BIN AFFAN (zaman khalifah 644-656M) didapati ada terdapat mushaf-mushaf lain seperti mushaf Ali, mushaf Ubay (dibaca oleh penduduk Syam), mushaf Ibnu Mas'ud (oleh penduduk Kufah).
- Pada 25H, Huzaifah bin al-Yaman telah mengadu kepada Usman mengenai terdapatnya pembacaan yang berbeza-beza ini.
- Uthman menulis kembali al-Quran kerana perbezaan pembacaan dan mereka bertelagah.
- Usman telah menubuhkan satu kumpulan yang diketuai oleh Yazid bin Thabit. Dibantu oleh Abdullah bin Zubair, Said bin al-'As, dan Abdul Rahman bin al-Harith.
- Usman mengarahkan kumpulan ini menyalin semula mushaf Abu Bakar itu dengan dibuat beberapa penambahbaikan sedikit dari aspek bahasa al-Quran itu sendiri.
- Usman mengarahkan jika terdapat perbezaan pada bahasanya, maka hendaklah menulisnya dalam bahasa Arab Quraisy (bahasa al-Qurn). Ayat al-Quran pada waktu tersebut tanpa titik dan baris, sehingga boleh dibaca dalam tujuh jenis qiraat.
- Apabila sudah selesai menyalin mushaf Abu Bakar, disuruh membuat enam salinan untuk edaran ke Makkah, Madinah, Kufah, Basrah, Yaman dan senaskah untuk Usman sendiri.
- Mushaf-mushaf yang lain perlu dibakar. Mushaf Usman ini dipanggil Muhsaf Uthmani yang tiada titik dan tiada baris.
- Mushaf Uthmani ini diletak titik dan baris pada zaman Umayyah.
No comments:
Post a Comment