- Al-QURAN dengan segala surah dan ayatnya telah siap tersusun seperti sediada di Luh Mahfuz, dan diturunkan secara serentak ke Baitul Izza (langit dunia);
- Malaikat Jibril kemudian menyampaikan wahyu mengikut ketetapan Allah secara beransur-ansur selama 23 tahun, dan disampaikan kepada Rasulullah tidak mengikut tertib musaf,
- Hikmah diturunkan secara beransur-ansur dan tidak ikut tertib musaf kerana:
- Mengukuhkan jiwa Rasulullah dalam menyampaikan dakwah,
- Memudahkan untuk menghafaz dan memahami al-Quran,
- Menetapkan hukum bersesuaian dengan keadaan dan peristiwa.
- ZAMAN RASULULLAH (zaman kenabian 610-632M), ayat-ayat al-Quran dihafal dalam dada para sahabat dan ada juga yang menulis secara individu untuk rujukan sendiri.
- ZAMAN ABU BAKAR AL-SIDDIQ (zaman khalifah 632-634M), ayat-ayat ini dikumpul lengkap tetapi bukan dalam bentuk satu mushaf.
- Apabila 70 orang huffaz dan qurra terkorban dalam peperangan Yamamah pada 12H, Umar al-Kattab mencadangkan agar al-Quran dikumpulkan.
- Zaid bin Tabit mengetuai kumpulan pengumpulan penulisan al-Quran ini.
- ZAMAN UMAR AL-KATTAB (zaman khalifah 634-644M), apabila Abu Bakar meninggal, mushaf al-Quran itu disimpan oleh Umar. Dan apabila Umar meninggal, diserakan kepada Hafsah binti Umar.
- ZAMAN USMAN BIN AFFAN (zaman khalifah 644-656M), beliau telah mengambil mushaf yang disimpan oleh Habsah (isteri Rasullah dan anak Umar)
- Pembukuan dibuat kerana perbezaan bacaan serta kurang kemas dalam penulisan ayat-ayat di kalangan umat Islam yang tersebar luas ke pelbagaian wilayah mengikut qari yang diutus. eg penduduk Syam ikut bacaan Ubay bin Ka'ab, orang Kufah ikut Abdullah bin Mas'ud. Berlaku pada tahun 25H.
- Disalin semula musaf tersebut menggunapakai Rasm Uthmani yang tiada bebaris atau bertitik. Ini untuk meraikan qiraat yang tujuh membaca dengan tujuh jenis bacaan.
- Di buat dalam 5 salinan utk edaran di Kufah, Basrah, Makkah, Yaman dan Madinah. Yang selain daripadanya diperintah supaya dibakar.
- Kumpulan ini diketuai Zaid bin Tabit (ketua yang sama semasa zaman Abu Bakar).
CARA ZAID KUMPUL AL-QURAN sangat teliti dalam menerima ayat-ayat daripada para sahabat yang mendengar secara langsung daripada Rasulullah dan disokong oleh sekurang-kurangnya dua orang saksi yang hadir pada waktu tersebut. Ayat tersebut dalam bentuk penulisan /catatan atau hafazan.
No comments:
Post a Comment